Ikuti Kami:

‘Vibe’ MV ‘Panas’ Kumpulan De Fam Dikatakan Seperti MV Kumpulan K-Pop MAMAMOO?

‘Vibe’ MV ‘Panas’ Kumpulan De Fam Dikatakan Seperti MV Kumpulan K-Pop MAMAMOO?

Muzik K-Pop kini sudah berjaya menembusi pasaran seni luar daripada Korea dan popular di serata dunia. Tipulah kalau anda bilang tidak pernah mendengar perkataan ‘K-pop’ disebut oleh anak muda mahupun media massa sekarang. Mungkin disebabkan oleh fenomena ini, ramai juga artis Malaysia yang mula mencipta lagu yang ala-ala K-Pop sedikit, mungkin untuk menggoda halwa telinga remaja yang meminati lagu daripada Korea supaya turut jatuh cinta dengan lagu mereka.

Baru-baru ini kumpulan wanita De Fam yang berasal daripada Malaysia telah mengeluarkan lagu baru mereka bertajuk “Panas”. Kumpulan yang dianggotai oleh tiga wanita cantik ini iaitu Sophia Liana, Cik Manggis dan Azira Shafinaz mengambil risiko dan mengeluarkan lagu yang berlainan daripada genre komersial yang sering dibawa oleh mereka sebelum ini.

defam panas

Mempersembahkan lagu “Panas” secara rasminya menerusi pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-32 baru-baru ini, rata-rata peminat memberikan reaksi yang positif terhadap lagu taruhan mereka itu. Sudah berkumandang di corong-corong radio sejak sebulan lepas, walaubagaimanapun video muzik untuk lagu ini baru sahaja dimuat naik pada 14 November lepas.

Kesemua peminat memuji video muzik “Panas” sebagai lain daripada yang lain kerana ini adalah kali pertama artis Malaysia merakamkan video muzik dengan tema sedemikian. Menerusi ruangan komen pula, ramai yang mengatakan bahawa video muzik ini kelihatan seperti beberapa video muzik popular K-Pop, antaranya “Egoistic” nyanyian Mamamoo, “Hann” nyanyian (G)-Idle dan “Bomb Bomb” nyanyian KARD.

video muzik panas defam seperti video muzik k-pop

Menurut peminat, ‘feel’ video muzik “Panas” kelihatan seakan-akan beberapa video muzik K-Pop. Namun, mereka memuji percubaan berani DeFAM dan mengatakan bahawa video kumpulan wanita itu kini bertaraf antarabangsa!

defam mamamoo

defam mamamoo

defam mamamoo

Tak kisahlah rupa macam mana pun, yang pasti lagu “Panas” ini berjaya memikat hati rakyat Malaysia sehinggakan berjaya trending di Youtube selepas video muzik itu dimuat naik oleh laman rasmi kumpulan De Fam!

Sumber: Youtube, EH!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...