Ikuti Kami:

Tubuh Badan Shindong Super Junior Jadi Perdebatan Netizen!

Tubuh Badan Shindong Super Junior Jadi Perdebatan Netizen!

Setelah hampir 14 tahun dalam industri muzik Korea, api kumpulan Super Junior masih belum lagi malap malahan kian marak! Walaupun kesemua ahli kumpulan idola itu telah pun melebihi usia 30 tahun tetapi mereka masih lagi cergas menari dan mampu menyanyikan lagu secara langsung. Baru sahaja mengeluarkan album penuh ke-9 bertajuk “Time Slip”, tetapi terbukti mereka masih popular kerana sudah beratus ribu keping album itu telah terjual.

penampilan shindong jadi perdebatan netizen

Kalau anda nak tahu, uniknya kumpulan Super Junior ini kerana salah seorang ahlinya iaitu Shindong mempunyai tubuh badan yang agak gempal. Pun begitu, jangan terkejut kerana dia merupakan antara penari utama dalam kumpulan itu. Saiz badan bukan penghalang tahu!

Baru-baru ini, kumpulan Super Junior telah mengadakan satu sidang media bagi mempromosikan konsert jelajah terbaru mereka iaitu Super Show 8 “Infinite Time”. Walaubagaimanapun penampilan Shindong yang kacak dengan sut berwarna merah telah menarik perhatian netizen.

penampilan shindong jadi perdebatan netizen

Ramai yang bermulut celupar dan telah mengutuk saiz badannya itu. Siap ada yang cakap macam mana dia boleh menjadi idola sedangkan dia kelihatan seperti itu. Jahatnya!

penampilan shindong jadi perdebatan netizen

Pun begitu, ada segelintir netizen yang telah tampil dan ‘back-up’ Shindong dan meminta orang lain agar berhenti mengutuk penampilan orang lain.

penampilan shindong jadi perdebatan netizen

Netizen pantang betul kalau dapat topik nak mengata. Mana boleh kritik fizikal orang lain, walaupun Shindong berbadan gempal tetapi dia lincah menari dan mempunyai bakat dalam pengarahan pentas tahu tak? Ahli Super Junior yang lain turut memuji rakan mereka itu dan mengatakan bahawa tanpa Shindong, tiadalah kumpulan Super Junior.

Sumber: Nate Pann, Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...