Ikuti Kami:

“Try Hard Gila” – Penonton Dah Mula Meluat Lihat ‘Hubungan Paksa’ Somin & Sechan Dalam ‘Running Man’

“Try Hard Gila” – Penonton Dah Mula Meluat Lihat ‘Hubungan Paksa’ Somin & Sechan Dalam ‘Running Man’

“Running Man” ternyata mempunyai peminat yang sangat ramai sampaikan mereka bukan sahaja terhad di Korea, bahkan juga di seluruh dunia! Sesiapa yang minat rancangan hiburan ini daripada awal mesti ingat keserasian gempak di antara kesemua ahli asal iaitu Yoo Jaesuk, Ji Sukjin, Kim Jongkook, Song Jihyo, Gary, Haha dan Lee Kwangsoo. Semasa zaman ini, pasangan Monday Couple memang menjadi kegilaan ramai! Semua peminat berdoa habis agar Gary dan Jihyo akan menjadi pasangan kekasih betul.

Tapi apakan daya, setiap permulaan pasti akan ada akhirnya. Selepas penyanyi rap itu mengumumkan pengundurannya daripada “Running Man”, berkecai sudah pasangan imaginasi tersebut. Tambahan pula, Gary yang berkahwin dan mempunyai anak selepas itu membuatkan ianya lagi mustahil untuk kenenkan dia dengan Jihyo.

monday couple running man

Tak lama selepas itu, dua selebriti terkenal telah diserap masuk bagi membawa kelainan kepada rancangan hiburan tersebut. Pelakon Jun Somin dan pelawak Yang Sechan yang pada awalnya hanya rapat sebagai rakan sebaya kini mula diusik oleh ahli “Running Man” yang lain sebagai pasangan bercinta. Ada sahaja insiden pada setiap episod yang akan membuatkan kedua ahli ini dikenenkan oleh ahli-ahli lain. Dan nampaknya Jun Somin juga beria dan bersetuju dengan usikan mereka sampaikan dia sanggup sediakan bekal makanan kepada Sechan walhal pihak produksi suruh mereka membawa barangan yang bermakna kepada mereka.

yang sechan dan jun somin running man

Pun begitu, ramai peminat yang sepertinya menyampah dengan love line di antara Yang Sechan dan Jun Somin ini. Nampak seperti dipaksa-paksa dan tak natural langsung! Kalau anda ingat, pada awal penyertaan Somin, dia sebenarnya telah mempunyai kononnya hubungan cinta dengan Kwangsoo namun terhenti selepas lelaki tinggi lampai itu mengakui sedang bercinta dengan pelakon Lee Sunbin. Tapi kini, pelakon wanita pula tak segan untuk ‘mengorat’ Sechan secara terbuka dalam setiap episod “Running Man”.

Ramai yang nyata tidak bersetuju dengan ‘hubungan paksa’ ini dan meminta Jun Somin dan Yang Sechan berhenti berlakon. Sampaikan ada yang dah malas nak tonton sebabkan meluat dengan mereka ini.

yang sechan dan jun somin running man

Ramai juga ya penonton yang tak berapa suka dengan padanan Sechan dan Somin. Mungkin nampak tak natural, jadi penonton dah mula rasa meluat kerana hampir setiap episod pasti ada sahaja cerita tentang mereka berdua.

Sumber: Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...