Ikuti Kami:

Top 5 Klip Video ‘Running Man’ Dengan Jumlah Tontonan Tertinggi Untuk Tahun 2019!

Top 5 Klip Video ‘Running Man’ Dengan Jumlah Tontonan Tertinggi Untuk Tahun 2019!

Apa cerita peminat “Running Man” tahun ini? Mesti anda semua seronok menonton tiap-tiap episod yang dikeluarkan sepanjang tahun 2019 ini sebabnya mereka semua semakin kelakar! Bahkan rancangan hiburan itu berjaya mencapai rating yang agak tinggi untuk tahun ini kerana aksi spontan setiap ahli iaitu Yoo Jaesuk, Ji Sukjin, Kim Jongkook, Haha, Song Jihyo, Lee Kwangsoo, Yang Sechan dan Jun Somin.

running man

Sempena kita menghampiri hujung tahun 2019 ini, pihak produksi “Running Man” telah menyenaraikan 5 klip video yang mendapat tontonan tertinggi untuk tahun ini. Senarai ini diambil kira menerusi lima klip yang mendapat tontonan tertinggi di dalam saluran ‘SBS ENTER PLAY’ daripada awal tahun sehingga 13 Disember lepas.

5. Lemah vs. Kuat: Kompilasi ‘Pergaduhan’ Antara Ji Sukjin Dan Kim Jongkook

Bagi peminat setia “Running Man”, pasti anda sering lihat ahli paling tua iaitu Ji Sukjin ‘dibuli’ oleh Kim Jongkook. Gelagat lelaki tua itu yang sentiasa mengalah dengan penyanyi berbadan sasa itu selalu menghiburkan hati penonton!

 

4. Kompilasi Artis Wanita Yang ‘Menggila’ Semasa Parti Menari

Tak sahlah “Running Man” kalau mereka tak selitkan misi menari dalam episod rancangan itu. Bagi kompilasi ini, mereka menyertakan beberapa selebriti wanita yang tak jaga imej langsung dan memberikan sepenuh tenaga dalam tarian mereka. Tak kisahlah nampak buruk pun, asalkan joget!

 

3. Nyanyian “Speechless” Oleh Kim Jongkook

Siapa sangka walaupun Kim Jongkook kurang aktif dalam bidang nyanyian sekarang ini tetapi masih mampu ‘membunuh’ dengan nyanyian lagu tema Aladdin iaitu “Speechless”, dendangan asal Naomi Scott. Ingatkan tarian berkumpulan “Running Man” semasa acara ulang tahun ke-9 mereka yang akan dapat tontonan tertinggi tetapi ramai lebih terpukau dengan suara halus lelaki ini!

 

2. Girafah Dan Belalang: Kompilasi Pertelingkahan Yoo Jaesuk Dan Lee Kwangsoo

Yoo Jaesuk memang pantang kalau dapat peluang nak usik Lee Kwangsoo. Reaksi girafah yang ‘over’ itu pun selalu menggeletek hati penonton “Running Man”!

 

1. Cabaran ‘Jangan Ketawa’ Yang Kelakar Gila!

Video klip untuk cabaran ini nyata membuatkan penonton berulang kali tengok tanpa bosan! Mulanya setiap ahli berlawan membuatkan mereka tertawa sesama sendiri tapi pihak produksi naikkan lagi tahap kesusahan dengan membawa masuk beberapa karakter lawak! Kelakar sangat episod ini!

 

Betul lah orang cakap “Running Man” semakin lama semakin kelakar. Saban minggu tengok pasti gelak pegang perut! Apa pula babak kegemaran anda dalam rancangan ini untuk tahun 2019?

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...