Ikuti Kami:

Tinggalkan Anak Semasa Usia 9 Tahun, Kini Ibu Goo Hara ‘Demand’ 50% Harta Peninggalannya

Tinggalkan Anak Semasa Usia 9 Tahun, Kini Ibu Goo Hara ‘Demand’ 50% Harta Peninggalannya

Sebelum selebriti popular iaitu Goo Hara mengambil keputusan untuk mengambil nyawanya sendiri, gadis itu didedahkan telah hidup sengsara sepanjang hayatnya. Bukan sahaja ditinggalkan keluarga sejak kecil bahkan bekas teman lelakinya juga pernah mendera dia secara mental dan fizikal.

Kalau anda nak tahu, ahli keluarga mendiang kini sedang melalui proses undang-undang untuk merebut harta peninggalannya. Abang kepada Goo Hara telah mengeluarkan saman kepada ibu kandung mereka berkenaan dengan hal pembahagian harta gadis itu. Menurut wanita tua itu, sebagai seorang ibu, dia layak untuk mendapat 50% daripada harta peninggalan anaknya. Walaubagaimanapun, si ayah telah melawan kembali dan menafikan permintaan tak masuk akal tersebut. Lelaki tua ini juga sudah memberikan 50% daripada bahagiannya kepada abang Goo Hara.

goo hara

Ayah Goo Hara menyatakan sebab kenapa dia menolak permintaan bekas isterinya itu. Dia tidak boleh menerimanya kerana wanita itu telah keluar rumah dan meninggalkan anak-anaknya semasa mereka masih kecil. Jadi, apa haknya untuk mendapatkan harta peninggalan mendiang?

Ayahnya juga mengatakan bahawa dia terpaksa ke merata tempat di Korea untuk mencari rezeki bagi menampung anak-anaknya dan mereka terpaksa menghabiskan zaman persekolahan tanpa kasih sayang seorang ibu. Lelaki itu mendedahkan bahawa Goo Hara dan abangnya dijaga oleh nenek mereka.

Disebabkan oleh prosedur pembahagian harta tersebut, ianya akan dibahagikan secara 50-50 di mana ia akan diberikan kepada abang dan ibunya. Walaubagaimanapun, abang mendiang turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan keputusan itu.

Hara baru berusia 9 tahun semasa ibunya lari daripada rumah. Dia menghabiskan hayatnya melawan trauma ditinggalkan orang tersayang. Ayah kami yang tampung perbelanjaan saya dan Hara. Selepas dia muncul sebagai selebriti, ayah kami yang menjadi penjaganya.

keluarga goo hara

Selain itu, nota yang ditulis Goo Hara semasa tahun 2016 membuatkan hati ramai meruntun kerana gadis itu meluahkan rasa rindu terhadap ibunya.

Saya rindukan ibu saya. Saya mahu ibu saya mengetahui bahawa saya merinduinya. Ia sering tersekat di dalam dan saya tak mampu meluahkannya. Akhirnya, ia tenggelam kembali. Saya semakin terdesak dan melalui perasaan ini lebih daripada orang lain.

nota goo hara

Nantikan perkembangan lanjut mengenai kes perebutan harta antara ahli keluarga Goo Hara ini.

Sumber: Dispatch

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...