Ikuti Kami:

Tidak Tahan Dengar Anak Dikritik Kerana Kecelaruan Jantina, Ibu Pelakon Cilik ‘Hi Bye, Mama!’ Marah Netizen!

Tidak Tahan Dengar Anak Dikritik Kerana Kecelaruan Jantina, Ibu Pelakon Cilik ‘Hi Bye, Mama!’ Marah Netizen!

Penonton setia drama “Hi Bye, Mama!” pasti sangat mengenali dengan kanak-kanak yang membawa watak anak kepada Kim Taehee iaitu Seo Woojin. Ramai penonton yang jatuh cinta melihat kecomelannya dan bakat lakonan yang ditonjolkan meskipun masih lagi kanak-kanak. Punyalah berkesan lakonannya sehingga ramai yang terkejut apabila mendapat tahu kanak-kanak yang membawa watak anak perempuan itu sebenarnya lelaki!

Pun begitu, ramai netizen yang telah meluahkan kerisauan terhadap pelakon kanak-kanak itu kerana terpaksa membawa karakter jantina yang berbeza dengan jantina lahiriahnya. Takut nanti dia keliru dengan identiti jantinanya tersendiri kerana Woojin masih lagi kecil.

woojin hi bye mama

Disebabkan oleh beberapa netizen ini yang asyik mempersoalkan perkara tersebut meskipun pihak produksi sudah pun memberi penjelasan mereka, ibu kepada Seo Woojin sendiri telah meluahkan isi hatinya menerusi laman Instagram peribadinya.

Saya tidak boleh bertahan lagi, jadi saya ingin berkata sesuatu. Ramai yang risaukan mengenai identiti jantina Woojin. Tidak seperti kanak-kanak sebaya yang lain, Woojin adalah sangat bijak dan mempunyai pemahaman yang sangat baik mengenai apa yang dilakukannya sekarang termasuklah kenapa dia memainkan watak perempuan. Saya tidak menyuruhnya menyertai uji bakat kerana mahukan dia memainkan watak utama. Sudah tentu semasa dia ditawarkan untuk memainkan watak kanak-kanak perempuan, saya bertanyakan pendapat Woojin dahulu dan dia mengatakan okay selain yakin mampu membawanya dengan baik.

Ibu Woojin kemudiannya terus menyambung lagi luahan perasaannya.

Identiti jantina? Saya pasti sesiapa yang pernah berinteraksi dengan Woojin tahu untuk tidak risaukan apa-apa. Anak saya adalah sangat ‘kelakian’. Dia suka apabila orang katakan dia ‘cool’ atau ‘lelaki’ berbanding dengan ‘comel’ atau pun ‘cantik’. Impiannya adalah untuk menjadi ‘Hulk’. Dia mahu menjadi lelaki yang kuat seperti ‘Hulk’. Dia adalah sangat ‘lelaki’ apabila berlakon, bermain dan berbual.

Ibunya juga berkongsi bahawa dia dan suaminya mempunyai latar belakang dalam bidang psikologi dan ayah kepada Woojin kini sedang bekerja sebagai ahli psikologi selepas mendapat Ph.D dalam pengkhususan tersebut. Wanita itu juga meminta orang ramai supaya berhenti mengatakan perkara yang membebankannya selain menyebarkan berita palsu apabila mereka hanya menghukum Woojin menerusi penampilannya.

Saya mengenali anak saya lebih baik daripada orang lain. Saya sangat sayangkan dia. Ya, anda mungkin melihatnya sebagai lelaki di dalam drama tetapi selepas mendapat tahu perkara yang sebenar sehingga membuatkan anda tidak boleh menjiwai dan berasa tidak selesa untuk menontonnya. Tetapi masalahnya sekarang, Woojin menerima kritikan melampau kerana membawa watak perempuan walaupun hanya seketika.

Pun begitu, ibu Woojin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang memberikan sokongan kepadanya sepanjang tempoh ini. Dia berharap agar semua penonton melihat Woojin hanya sebagai pelakon sahaja.

Sumber: Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...