Ikuti Kami:

Temui Nota Di Ruang Tamu Rumah Goo Hara, Polis Dedah Autopsi Tidak Akan Dijalankan

Temui Nota Di Ruang Tamu Rumah Goo Hara, Polis Dedah Autopsi Tidak Akan Dijalankan

Rata-rata peminat dan rakan selebriti masih terkejut dengan pemergian Goo Hara yang secara tiba-tiba ini. Kebanyakan mereka tidak menyangka bahawa gadis berusia 28 tahun itu akhirnya sudah tiada lagi di dalam dunia ini.

Bagi meredakan persoalan orang ramai, pihak polis telah mengadakan sidang akhbar mengenai siasatan kematian Goo Hara. Menurut Pesuruhjaya di Agensi Polis Metropolitan Seoul iaitu Lee Yongpyo, terdapat sekeping nota yang ditemui di ruang tamu kediamannya. Sumber daripada seorang polis lain pula menyatakan,“Tiada apa yang boleh didedahkan mengenai isi kandungan nota itu.”

Tambah Pesuruhjaya itu lagi, “Kelmarin (24 November), sekitar jam 6 petang, pembantu rumah Goo Hara telah menemui mayatnya. Daripada siasatan di tempat kejadian dan testimoni daripada ahli keluarga, tiada unsur jenayah yang disyaki.”

“Daripada analisis rakaman CCTV, kami sahkan bahawa gadis tersebut telah pulang ke rumah jam 12.35 pagi pada 24 November, jadi pihak kami membuat anggapan bahawa dia meninggal selepas waktu itu.” 

goo hara mati

Turut disahkan bahawa tiada siapa yang melawatnya selepas waktu itu dan sebelum pembantu rumah Goo Hara menemuinya pada jam 6 petang. Pesuruhjaya tersebut menambah lagi, “Pembantu rumah itu sudah lama mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Goo Hara. Dia terus pergi ke rumahnya selepas cubaan untuk menghubungi selebriti tersebut tidak berjaya.”

Laporan terbaru daripada pihak polis menyatakan bahawa tiada autopsi yang akan dijalankan. Ini kerana menerusi bukti yang didapati, tiada unsur jenayah yang disyaki berlaku.

Salam takziah kepada ahli keluarga dan kenalan Goo Hara.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...