Ikuti Kami:

‘Tell Me What You Saw’ Mendebarkan Sehingga Ke Episod Akhir, Penonton Puji Lakonan Hebat Teraju Utama

‘Tell Me What You Saw’ Mendebarkan Sehingga Ke Episod Akhir, Penonton Puji Lakonan Hebat Teraju Utama

Setelah sekian lama membuat penonton tak senang duduk, drama misteri dan ngeri iaitu “Tell Me What You Saw” telah pun sampai ke penghujungnya. 16 episod bersiaran nyata membuatkan semua orang menyedari kehebatan lakonan yang ditunjukkan oleh Jang Hyuk, Jin Seoyeon dan Choi Sooyoung.

[Amaran SPOILER]

Siapa sangka, orang yang rapat dengan kita boleh menjadi pembunuh bersiri yang kejam? Inilah yang terjadi apabila Cha Sooyoung mendapat tahu bahawa rakan sekerjanya dahulu iaitu Dongsik sebenarnya ialah pembunuh ‘gula-gula peppermint’ yang sudah lama dijejaki mereka. Hayoung pula terus diburu rasa bersalah kerana kebanyakan orang yang rapat dengannya telah dibunuh kerana permainan pembunuh yang psiko itu. Ketua penyiasat itu berjanji akan memberkasnya walaupun dia terpaksa bergadai nyawa.

episod akhir tell me what you saw

Dengan menggunakan kelebihan yang dimiliki oleh Sooyoung, mereka telah menjejaki pembunuh tersebut sehingga ke Sekolah Rendah Domyeong. Meskipun berjaya mengepung lelaki itu tetapi mereka tetap bergelut dengannya sehingga menyebabkan Hayoung cedera parah. Hyunjae telah menggantung Dongsik dan memberitahu bahawa selalunya orang akan mula lemas selepas 14 minit namun pada minit ke-4, pembunuh itu mula tidak keruan. Hyunjae kemudiannya melepaskan dia ke lantai dan Dongsik memprovokasi profiler itu dengan kisah kematian tunangnya. Mereka bergelut seketika tetapi lelaki itu mencekik penjenayah itu sehingga di tidak sedarkan diri dan Sooyoung datang untuk memberkasnya.

Kesemuanya kembali seperti sedia kala di mana Hayoung mula pulih daripada kecederaannya dan Sooyoung mula yakin dengan kebolehannya sebagai detektif dan telah mengambil alih kes baru.

Episod terakhir “Tell Me What You Saw” juga berjaya memecahkan rekod peribadi drama ini setelah berjaya mencatat angka 5.0%. Penonton juga tak putus-putus memberi pujian terhadap jalan cerita naskhah ini yang dipenuhi dengan plot twist mendebarkan selain lakonan mantap daripada semua teraju utamanya.

episod akhir tell me what you saw

Kepada sesiapa yang sukakan drama misteri dan thriller, bolehlah mula menonton “Tell Me What You Saw”!

Sumber: MyDaily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...