Ikuti Kami:

Telatah Blur Song Jihyo Selesaikan Klu Buat Penonton Ketawa Besar Dalam Episod Terbaru ‘Running Man’!

Telatah Blur Song Jihyo Selesaikan Klu Buat Penonton Ketawa Besar Dalam Episod Terbaru ‘Running Man’!

Song Jihyo memang dikenali sebagai seorang pelakon yang cantik dan rupawan. Pun begitu, wanita tersebut tak kisah langsung nak calarkan imej tersebut demi karakternya dalam rancangan hiburan “Running Man”. Dikenali sebagai seorang yang ‘buta’ kuiz, gelagat Jihyo yang sentiasa kosong apabila perlu menjawab soalan menguji minda sentiasa membuatkan penonton gelak tak kering gusi.

Sama juga dengan apa yang terjadi dalam episod terbaru “Running Man” apabila wanita itu terpinga-pinga dan stress apabila terpaksa ambil watak sebagai ‘Hacker’ untuk selesaikan soalan rumit bagi menyelesaikan misi rantai ‘Tear Of Yondu’ dalam episod tersebut.

song jihyo running man

[Amaran SPOILER]

Kumpulan Kim Jongkook yang melantik Jun Somin sebagai ‘Hacker’ mereka langsung tak gelabah nak cari klu kerana tahu bahawa Jihyo tak akan dapat selesaikan langsung misi tersebut. Bayangkan, punyalah lama duduk dalam bilik penggodam untuk cari klu sampaikan pelakon wanita itu tak sedar langsung yang semua sudah terkeluar dan hanya tinggal dia, Lee Kwangsoo dan Yoo Jaesuk sahaja dalam permainan itu!

song jihyo running man

Disebabkan oleh klu yang dijumpai oleh Yoo Jaesuk, mereka mendapat tahu bahawa ada pengintip di antara ahli yang tinggal itu. Jihyo nyata tersepit antara nak percayakan ahli kumpulannya sendiri iaitu Lee Kwangsoo atau pun suspek utama misi tersebut iaitu Yoo Jaesuk. Namun begitu, wanita itu secara senyap-senyap telah mengintai Kwangsoo yang rupanya menyimpan pistol air lain lantas mendapat tahu identiti sebenar ‘spy’ dalam episod tersebut.

running man

Berbekalkan bantuan Yoo Jaesuk menahan si pengintip daripada menembak Jihyo dan wanita itu yang turut aktif bergelut dengan dua ahli lelaki itu, dia berjaya mengalahkan Lee Kwangsoo dengan tembakan tepat ke arah tag namanya!

running man

Selepas sahaja berjaya mengalahkan si pengintip, Jaesuk terus memeluk Jihyo manakala pelakon wanita itu terus duduk melutut dan minta maaf kepada lelaki itu kerana tidak mempercayainya pada awalnya.

running man

Lagi satu lagi babak comel Jihyo yang menambat hati penonton ialah apabila Kwangsoo tanpa sengaja telah mendedahkan ‘lockscreen’ wanita itu dan ternyata dia menetapkannya kepada gambar dengan nama bulan Januari sehingga Disember dalam bahasa Korea dan terjemahan dalam bahasa Inggeris. Secara langsung membuktikan bahawa pelakon wanita itu sedang berusaha kerasa dalam mempelajari bahasa asing tersebut!

song jihyo running man

Selepas menonton episod ini, rata-rata penonton jatuh cinta sekali lagi dengan telatah lucu Song Jihyo. Ramai yang memujinya sebagai orang yang bertanggungjawab membuatkan episod kali ini menjadi kelakar dan menghiburkan.

Episod kali ini benar-benar menunjukkan yang ahli lain menjaga Jihyo, mereka menyebut namanya di sana dan sini, dan juga Lee Kwangsoo yang bertimbang rasa. Saya suka sangat! Saya menantikan kebangkitan semula Jihyo. Secara jujurnya, saya mahukan keserasian di antara Song Jihyo dan Jun Somin. Saya tak sabar menanti!

 

Jihyo kami adalah sangat kelakar hari ini dan terima kasih kerana bersungguh-sungguh. Ia adalah sangat menghiburkan dan saya gembira menontonnya^^

 

Ia adalah 8 lawan 1 tetapi Kwangsoo yang hampir memenanginya adalah sangat hebat! Awak bekerja keras melawan seorang diri, sentiasa kekal kuat! Jihyo banyak ketawa hari ini dan saya rasakan seperti kemahiran hiburannya sudah kembali jadi saya sangat suka! Tahniah Jihyo kerana menang! Saya akan menantikan kepulangan Ace Song Jihyo dan Jihyo yang ceria dan penuh dengan gelak ketawa, semoga terus kuat! Pihak produksi, tolonglah buat episod pengintip untuk MongKwang!!

 

Song Jihyo duduk terperap dalam bilik tersebut tetapi baru sahaja keluar, dia terus menang hahaha!

 

Kerana Jihyo, episod hari ini kelakar!

 

Jihyo apabila melekat bersama Kwangsoo, mesti jadi comel dan kelakar.. Pada masa hadapan, tolonglah masukkan mereka dalam kumpulan yang sama!

Kelakar betul episod kali ini! Terserlah personaliti Song Jihyo yang sebenarnya kelakar dan comel.

Sumber: XSports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...