Ikuti Kami:

Telatah Anak Gary, Kang Haoh Dalam Sedutan Pendek ‘Superman Returns’ Buat Penonton Tertawa!

Telatah Anak Gary, Kang Haoh Dalam Sedutan Pendek ‘Superman Returns’ Buat Penonton Tertawa!

Dah lama rasanya tak nampak Kang Gary di kaca televisyen kan? Selepas membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada rancangan “Running Man” yang membuatkan lelaki itu meletup popular, dia kelihatannya lebih selesa memberi fokus kepada kerjayanya sebagai pemuzik dan penyanyi rap. Bertambah mengejutkan apabila Gary mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin dengan kekasih hatinya yang sudah pun mengandungkan anaknya pada tahun 2017.

Rata-rata peminat “Running Man” mengucapkan tahniah atas berita gembira itu tetapi ada segelintir daripada mereka yang terkilan kerana lelaki itu memutuskan hubungan terus dengan ahli lain dan tidak memaklumkan langsung kepada mereka mengenai perkahwinannya.

gary

Selepas menjadi seorang bapa, Gary tidak berkongsi gambar anaknya yang diberi nama Kang Haoh secara terangan, hanya memuat naik gambar sisi dan juga gambar daripada belakangnya. Walaubagaimanapun, peminatnya meluahkan rasa teruja apabila penyanyi rap itu mengumumkan bahawa dia bakal menyertai program hiburan “Superman Returns” bagi menonjolkan anak lelakinya itu selain membuat kemunculan semula dalam rancangan hiburan Korea selepas sekian lama memencilkan diri.

gary dan kang haoh

Daripada sedutan pendek yang dimuat naik oleh saluran KBS di laman Youtube, dapat dilihat bahawa Kang Haoh adalah seorang yang sangat aktif dan menghiburkan!

Pada awal sedutan, dia telah berlari keluar daripada biliknya dan mendapatkan jurukamera yang sedang menyorok. Sikap ingin tahunya membuatkan dia menyoal nama dan umur jurukamera tersebut. Menakjubkan apabila kanak-kanak berusia 26 bulan itu berjaya meneka peralatan kamera yang digunakan oleh jurukamera itu dengan betulnya. Pandai!

gary dan kang haoh

Apabila memperkenalkan dirinya, Haoh telah disoal oleh pihak produksi mengenai nama sebenar ayahnya. Dia tanpa gagal telah menjawab “Kang Heegeon!” lantas mengejutkan Gary kerana dia tidak menyangka anak lelakinya itu mengingati nama lahirnya.

gary dan kang haoh

Nampaklah Gary yang sekarang masih lama seperti yang dahulu apabila dia telah terssul dan memperkenalkan dirinya sebagai anak kepada Kang Haoh dan bukannya ayah kepada Kang Haoh! Gary oh Gary!

gary dan kang haoh

Haoh juga menayangkan kemahiran berbahasanya apabila berjaya menamakan jenama pakaian yang dia mahukan gayakan pada hari itu. Kanak-kanak tersebut memberitahu bahawa dia mahu menyarung kasut Adidas dan menyuruh ayahnya menggayakan kasut Vans selain turut menyatakan bahawa dia mahu memakai pakaian daripada jenama North Face.

gary dan kang haoh

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Kang Haoh nampaknya mewarisi bakat muzik Gary apabila dia pandai memainkan gitar dan turut menyanyi. Walaupun sedang menangis selepas terdengar suara ibunya melalui corong telefon, dia meluahkan rasa rindunya dengan menyanyikan lagu “I Miss You” dendangan Kim Bumsoo. Sampaikan ayahnya juga tergelak lucu melihatkan telatah anaknya yang rawak itu.

Gary juga meluahkan bahawa dia telah berfikir banyak kali sebelum menerima tawaran “Superman Returns” ini. Dia juga nyata gementar kerana sudah lebih 3 tahun tidak memunculkan diri dalam kaca televisyen.

Tak sabar nak saksikan telatah Gary anak Haoh dalam episod yang akan datang. Sama-sama kita saksikan!

Sumber: KBS Entertain

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...