Ikuti Kami:

‘Team Bulldog: Off-Duty Investigation’ Tamat Dengan Rating Tertinggi, Penonton Suka Elemen Jenayah Tapi Kelakar

‘Team Bulldog: Off-Duty Investigation’ Tamat Dengan Rating Tertinggi, Penonton Suka Elemen Jenayah Tapi Kelakar

Selepas 12 episod bersiaran, akhirnya drama penyiasatan “Team Bulldog: Off-Duty Investigation” gandingan Cha Tae-hyun dan Lee Sun-sbin sudah pun melabuhkan tirainya.

Sinopsis ringkas

Jin Kang-ho (Cha Tae-hyun) ialah seorang detektif yang sangat bersemangat dan berdedikasi. Dia akan memastikan kesemua penjenayah jatuh ke tangannya dalam apa jua cara sekalipun sehingga membuatkan ramai detektif lain menyampah dengannya.

episod akhir team bulldog: off-duty investigation

Kang Moo-young (Lee Sun-bin) pula ialah seorang produser TV yang menghasilkan program penyiasatan. Misi utama rancangan ini ialah untuk menangkap penjahat yang tidak mampu diberkas oleh pihak polis. Wanita ini adalah sangat tulus tetapi sanggup mengambil risiko supaya dapat menegakkan keadilan. Tanpa sengaja, kedua mereka bertemu dan mula bekerjasama untuk menyelesaikan pelbagai kes jenayah yang menemui jalan buntu.

Rating mula perlahan dan berakhir dengan tinggi

Daripada respons yang ditinggalkan oleh penonton, rata-rata daripada mereka melahirkan rasa puas hati dengan perkembangan plot drama ini. Bahkan pengarah ini menerima tepukan gemuruh kerana berjaya menyeimbangkan elemen komedi dan serius sehingga membuatkan penonton tak berasa janggal langsung dengan perubahan emosi sepanjang tayangannya.

episod akhir team bulldog: off-duty investigation

Bukan itu sahaja, lakonan kesemua pelakon utama “Team Bulldog: Off-Duty Investigation” turut menerima pujian melambung kerana lakonan mereka yang mantap dan meyakinkan. Oleh sebab tiada langsung cacat cela kepada naskhah ini, rating yang dicatatkannya juga kian meningkat pada saban episod. Malahan episod akhir drama ini berjaya merekodkan rating tertinggi sepanjang ia bersiaran iaitu 4.39%.

Siapa yang berminat dengan drama penyiasatan yang kelakar, anda wajib menonton drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...