Ikuti Kami:

“Takda Kerja Betul!” – Jun Somin ‘Diserang’ Kata Cacian, Laman Buletin ‘Running Man’ Terpaksa Ditutup

“Takda Kerja Betul!” – Jun Somin ‘Diserang’ Kata Cacian, Laman Buletin ‘Running Man’ Terpaksa Ditutup

Mesti semua gembira apabila Jun So-min kembali semula ke “Running Man” selepas megambil keputusan untuk berehat selama sebulan dek masalah keletihan melampau. Disebabkan ketiadaan wanita riang itu, program tersebut terasa sedikit kosong dan hambar.

Tapi tak sangka kepulangan pelakon wanita itu disambut dengan tindakan jahat sesetengah peminat anti apabila mereka ‘menyerang’ laman buletin rasmi “Running Man” dengan kata-kata cacian. Punyalah teruk, sehingga pihak produksi program tersebut terpaksa menukar buletin tersebut kepada mod privasi.

Kami mengubah papan untuk penonton tersebut kepada mod privasi kerana bahasa keterlaluan, fitnah melampau dan ada yang menyamar menjadi ahli ‘Running Man’. Kami mohon anda faham situasi ini.

jun somin running man

Walaupun tidak dinyatakan secara terus tetapi ramai yang menebak bahawa kata-kata cacian tersebut ditujukan kepada Jun So-min. Malahan ini bukan kali pertama perkara ini berlaku, lihat sahaja apabila ada peminat “Running Man” daripada luar negara turut mengganggu adik lelaki pelakon tersebut dengan mesej berbaur fitnah di laman Instagram sebelum ini.

Bukan itu sahaja, Jun So-min sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi kepada umum bahawa bukan dia yang meninggalkan komen di laman buletin “Running Man” dan ada yang sengaja menyamar menjadi dirinya.

Menurut respons syarikat naungan pelakon wanita itu iaitu King Kong by Starship, mereka sentiasa memantau carian dan juga komen berkaitan dengan Jun So-min di laman carian tetapi tidak mempunyai perancangan untuk menyelesaikannya secara undang-undang dalam masa terdekat ini.

laman buletin running man ditutup

Menjengah ke ruangan komen artikel ini, kebanyakan netizen Korea mengatakan bahawa komen jahat yang ditinggalkan meskipun dalam bahasa Korea tetapi nampak jelas ia adalah hasil daripada mesin penterjemahan.

Bermakna ia ditulis oleh peminat “Running Man” daripada luar negara, malahan ada yang menunding jari kepada peminat Song Ji-hyo. Kononnya ramai yang marah kerana bahagian pelakon wanita selalunya sedikit kalau nak dibandingkan dengan Jun So-min.

Apalah salah So-min sampai ada yang dengki sampai macam ini sekali?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...