Ikuti Kami:

Suasana Tidak Terkawal Di Lapangan Terbang, EXO Tampil Disiplinkan Peminat Mereka!

Suasana Tidak Terkawal Di Lapangan Terbang, EXO Tampil Disiplinkan Peminat Mereka!

Semestinya peminat artis K-Pop ada keinginan untuk melihat idola kesayangan mereka secara berhadapan. Bila buat konsert di Korea, sah-sah tak dapat pergi. Tapi bila umum buat konsert luar negara, ada sahaja negara yang mereka ‘skip’. Jadinya, peluang untuk lihat artis K-Pop ini sangatlah ‘rare’ terutamanya peminat daripada luar Korea. Bila diumumkan konsert di negara sendiri, tiada duit pula nak pergi mungkin sebab kekangan duit dan masa. Alternatif lain bagi memastikan mereka dapat berjumpa dengan idola mereka ialah dengan menunggu di lapangan terbang sebelum berlepas ataupun kembali ke Korea.

Pun begitu, kadang-kala apabila terlampau ‘excited’ dapat lihat idola K-Pop secara berhadapan, pasti ada perkara tidak diingini berlaku. Walaupun seronok, tidak sepatutnya peminat mengerumuni idola tersebut sehingga menghalang laluan bukan sahaja artis itu bahkan orang ramai yang turut berada di lapangan terbang. Ada juga kes di mana artis dan peminat jatuh kerana terlampau sesak sehingga pengawal keselamatan juga tidak mampu mengawal keadaan.

Terbaru, EXO yang baru pulang daripada Taipei selepas menyudahkan konsert mereka EXplOration in Taipei telah diserbu oleh peminat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon sehingga menyebabkan salah seorang ahli mereka iaitu Chen turut disiku oleh peminat yang sibuk ingin mengambil gambar mereka secara dekat. Tak cukup dengan itu, ada juga peminat yang turut jatuh!

 

Mungkin berasa geram melihatkan situasi yang tidak terkawal itu, ahli kumpulan EXO iaitu Suho, Baekhyun dan Chanyeol telah menegur segelintir peminat mereka yang menimbulkan kekecohan di lapangan terbang itu.

baekhyun marah peminat lapangan terbang

“Semua Exo-L akan menjadi lebih manis sekiranya anda menjaga adab ketika berada di lapangan terbang. Kami akan rasa bersalah dan terbeban untuk ke lapangan terbang lagi sekiranya ada yang tercedera. Tolong jangan berlari dan menolak antara satu sama lain, lihat sahaja! Saya risau awak semua akan tercedera.” – Baekhyun

chanyeol marah peminat lapangan terbang

“Sejak kebelakangan ini saya berasa seperti situasi di lapangan terbang adalah sangat berbahaya. Saya memuat naik entri pendek ini dengan harapan ia dapat memberi amaran keselamatan bukan sahaja untuk kami tetapi kepada orang ramai yang turut berada di lapangan terbang. Saya sangat berharap tidak akan ada kes yang melibatkan kami dan juga pengguna lain di lapangan terbang mengalami sebarang masalah kerana tingkah laku dan penggambaran yang tidak bertimbang rasa.” – Chanyeol

suho marah peminat lapangan terbang

“Saya rasa aturan di lapangan terbang semakin berbahaya kini. Saya rasa bukan sahaja kami, tetapi keselamatan anda semua dan juga pengguna lapangan terbang yang lain akan turut terjejas. Atas sebab itu, saya telah memuat naik kenyataan pendek ini. Saya berharap tidak akan berlaku sebarang kecederaan dan kesusahan kepada pengguna lapangan terbang yang lain kerana adab dan penggambaran sembrono. Saya secara ikhlas memohon perkara ini.” – Suho

Tahulah ‘excited’ nampak artis kesayangan tapi tolong hormati mereka dan juga pengguna lain yang berada di sekeliling anda. Bukan sahaja peminat yang dapat nama buruk bahkan artis sekali terkena tempiasnya!

Sumber: Twitter, Twitter, Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...