Ikuti Kami:

“Suaranya Mengasyikkan” – Suara ‘Dalam’ Seo Yeji Trending Selepas Tayangan ‘It’s Okay To Not Be Okay’

“Suaranya Mengasyikkan” – Suara ‘Dalam’ Seo Yeji Trending Selepas Tayangan ‘It’s Okay To Not Be Okay’

Penangan tayangan “It’s Okay To Not Be Okay” masih lagi tidak habis nampaknya! Sampai ke hari ini masih ramai lagi yang asyik memuji tayangan awal drama itu yang memukau dan memuaskan.

Walaupun ramai yang menantikan drama tersebut kerana ia adalah naskhah pertama lakonan Kim Soo-hyun selepas pulang daripada latihan khidmat ketenteraan tetapi nampaknya ramai yang jatuh cinta dengan persona Seo Ye-ji.

Membawa watak Go Mun-young iaitu seorang penulis buku kanak-kanak yang mempunyai masalah anti-sosial, tak sangka lakonan mantap wanita itu dibanjiri pujian. Bahkan suaranya yang ‘dalam’ itu turut trending di serata media sosial selepas “It’s Okay To Not Be Okay” tamat tayangan awalnya.

Suara Seo Ye-ji dalam babak ini ‘gila’ betul

Babak ini seperti lukisan! (Saya jatuh cinta)

Suara Seo Ye-ji sangat sesuai dengan watak yang dominan ini!

Pun begitu, sebenarnya Seo Ye-ji sering meluahkan bahawa dia merasakan bahawa suaranya yang dalam itu adalah kelemahan dirinya yang paling besar. Bahkan dia sanggup terbang dan belajar sehingga ke Sepanyol selama 3 tahun kerana merasakan suaranya itu sesuai dengan percakapan bahasa ibunda di sana.

it's okay to not be okay

Rata-rata penonton rasanya dah jauh cinta dengan keunikan suara Seo Ye-ji sampaikan ada yang tonton “It’s Okay To Not Be Okay” sebab hanya nak dengarkan suaranya sahaja!

Pertama kali saya mendengar mengenai pelakon bernama Seo Ye-ji.. suaranya yang dalam adalah salah satu perkara yang menarik tentangnya. Wajah pun cantik bahkan pakaiannya juga menarik perhatian.

 

Saya menonton kerana merupakan peminat Kim Soo-hyun tetapi saya mula tertarik dengan Seo Ye-ji. Sangat mempersonakan dan pandai berlakon.

 

Saya rasa drama ini biasa-biasa sahaja namun disebabkan oleh suara Seo Ye-ji, saya menontonnya sehingga habis. Saya mahu terus mendengarnya, mesti seronok kalau mereka keluarkan buku audio.

 

Saya asyik tak berhenti menyebut ‘Cantiknya Seo Ye-ji’… Suaranya yang dalam juga sangat mengasyikkan.

Tonton “It’s Okay To Not Be Okay” pada setiap Sabtu dan Ahad di Netflix dan juga tvN!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...