Ikuti Kami:

“Still Cakap Minat Kpop Tak Ingat Tuhan” – Peminat EXO Dirakam Solat Sebelum Masuk Konsert

“Still Cakap Minat Kpop Tak Ingat Tuhan” – Peminat EXO Dirakam Solat Sebelum Masuk Konsert

Bagi yang tidak tahu, kumpulan K-Pop popular iaitu EXO telah membuka pintu konsert kelima mereka iaitu EXO PLANET # 5-EXplOration di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Disember lepas. Kemeriahan konsert ini nyata tidak main-main kerana 10,000 peminat telah mengambil peluang yang datang hanya setahun sekali ini dan memenuhi stadium tertutup tersebut.

EXO PLANET # 5-EXplOration-in Kuala Lumpur

Konsert ini sebenarnya bermula pada 6 petang tetapi kesemua peminat sudah diminta untuk memenuhi ruang menunggu sejak seawal jam 2 petang. Ini kerana pihak penganjur perlu menyusun peminat yang berada di Rock Zone mengikut nombor giliran masuk ke dalam ruang konsert nanti.

Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana peminat Muslim ingin menunaikan ibadah solat sekiranya mereka perlu berada di ruang menunggu tersebut sewaktu solat? Jangan risau kerana mereka tidak melupakan langsung perkara wajib itu dan menggunakan ruang yang ada untuk menunaikan solat.

Seorang individu yang turut menyertai konsert berkenaan telah berkongsi sedutan video pendek seorang gadis yang telah solat di ruangan kecil tanpa mengganggu orang lain langsung.

Ada yang tanya kenapa tidak menggunakan sahaja surau yang berada di luar Axiata Arena tetapi kalau anda nak tahu, hujan turun dengan lebatnya sejak tengah hari lagi. Lantas membataskan pergerakan mereka di luar stadium.

peminat solay sebelum masuk konsert exo

Rata-rata peminat lain memang respek habis dengan gadis ini! Bagi mereka, walaupun teruja untuk melihat penyanyi kegemarannya iaitu EXO tetapi dia langsung tidak alpa dalam menjalani tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.

peminat solat sebelum konsert exo

Tak kurang juga, ada sesetengah peminat K-Pop yang meminta agar orang ramai tidak menuduh mereka sebagai golongan yang lupa Tuhan, hanya kerana pergi ke konsert dan meminati artis Korea.

peminat exo solat

 

Bukan sahaja gadis ini, bahkan ramai lagi peminat EXO yang telah menunaikan solat di surau yang disediakan selain turut menggunakan ruang yang ada bagi menjalankan ibadah wajib itu. Siap ada yang solat di dalam Rock Zone itu sendiri!

Sumber: Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...