Ikuti Kami:

Song Joongki Dikhabarkan Beli Kondo Mewah Bernilai RM12 Juta Sebagai Rumah Percutian Di Hawaii

Song Joongki Dikhabarkan Beli Kondo Mewah Bernilai RM12 Juta Sebagai Rumah Percutian Di Hawaii

Siapa sahaja tak kenal dengan pelakon Song Joongki? Walaupun mula terkenal kerana mukanya yang jambu tetapi selepas pulang sahaja daripada latihan khidmat ketenteraan, lelaki itu nampak lebih tegap dan macho! Sampaikan semua wanita mula tergila-gilakannya dek melihat wataknya sebagai tentera dalam drama “Descendants Of The Sun” pada tahun 2016.

Disebabkan oleh kepopularitiannya, tidak mustahil Song Joongki merupakan antara selebriti yang mempunyai aset yang banyak sebagai hak miliknya. Terbaru, pelakon lelaki itu dikhabarkan telah membeli sebuah kondominium berjumlah 2.8 milion USD (RM12,190,640) bertempat di Pantai Ala Moana, Hawaii. Kawasan itu juga dikatakan dipenuhi dengan kondominium dan bangunan mewah.

Song Joongki membeli kondominium tersebut pada Disember lepas. Mungkin akan digunakan sebagai tempat persinggahan ketika bercuti.

song joongki beli kondominium di hawaii

Walaubagaimanapun, selepas ditanya kepada agensi naungannya, mereka mengambil langkah untuk mendiamkan diri kerana ia adalah hal peribadi dan susah untuk mengesahkannya dengan lelaki tersebut.

Kalau beli pun apa salahnya kan? Dah tentu dia bekerja selama berbelas tahun bagi menikmati kesenangan seperti ini.

Sumber: News1

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...