Ikuti Kami:

Song Hye Kyo Tampil Memukau Di Acara Pertunjukan Barang Kemas Chaumet

Song Hye Kyo Tampil Memukau Di Acara Pertunjukan Barang Kemas Chaumet

Kehadiran Song Hye Kyo selaku duta Asia barang kemas jenama Chaumet di Monaco baru-baru ini memang benar-benar memukau. Dengan dress serba putih, solekan smoky dan barang kemas yang digayakan, Song Hye Kyo menyerlahkan kejelitaan, keeleganan dan kesempurnaannya sebagai seorang wanita, walaupun baru-baru ini dihimpit dengan berita penceraian dengan suaminya, Song Joong Ki.

Baru-baru ini juga, Song Hye Kyo telah mengeluarkan kenyataan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap para netizen yang menulis khabar angin tidak betul tentang dirinya. Untuk makluman, ada netizen yang tidak berpuas hati kerana Song Hye Kyo tampil di khalayak ramai selepas penceraiannya diumumkan. Menurut mereka, Song Hye Kyo seolah-olah tidak bersedih langsung dengan nasib yang menimpa dirinya.

Walau apa yang terjadi di dalam hidupnya, kecekalan dan ketabahan Song Hye Kyo untuk mengharungi hidup seperti biasa tanpa seorang suami di sisi harus dipuji. Inilah semangat yang perlu ada buat setiap wanita. Jangan bersedih sepanjang masa hanya kerana satu masalah di dalam hidup. Tak gitu?

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...