Ikuti Kami:

Shin Sekyung & Bomi Pernah Dirakam Kamera Rahsia, Pengendali Ruang Sembang Seksual Akui Dia Dalangnya

Shin Sekyung & Bomi Pernah Dirakam Kamera Rahsia, Pengendali Ruang Sembang Seksual Akui Dia Dalangnya

Kalau anda nak tahu, pada tahun 2018, pelakon Shin Sekyung dan Yun Bomi daripada kumpulan Apink telah pun dirakam secara rahsia oleh salah seorang kakitangan rancangan “Pocha Beyond Borders”. Perkara itu nyata menggemparkan dunia hiburan Korea kerana melanggar hak privasi manusia.

Kamera asing itu yang kelihatan seperti bateri mudah alih telah ditempatkan dalam kediaman kedua selebriti berkenaan. Pun begitu, dengan pantas ianya berjaya dikenal pasti oleh Shin Sekyung yang terus melaporkan perkara itu kepada pihak produksi rancangan berkenaan. Rakaman yang ada terus dirampas pada ketika itu dan staf yang bertanggungjawab turut mengakui kesalahannya dengan alasan kerana sifat ingin tahu.

rakaman rahsia yoon bomi dan shin sekyung

Walaubagaimanapun, hukuman yang dijatuhkan kepada staf tersebut hanyalah penjara 1 tahun 6 bulan dengan tempoh percubaan selama 3 tahun. Bermaksud lelaki itu hanya akan melalui hukuman penjara sekiranya dia melakukan jenayah dalam jangka hayat percubaan tersebut. Rata-rata netizen telah melahirkan rasa marah dengan hukuman yang ringan ini dan meminta supaya jenayah terhadap wanita tidak dipandang enteng oleh semua pihak bertanggungjawab.

Setelah hampir dua tahun berlalu, kes tersebut kembali disebut oleh media. Hal ini kerana, Jo Joobin iaitu pengendali disebalik ruang sembang “Nth Room” mengakui bahawa dialah dalang yang menyuruh staf tersebut merakam Shin Sekyung dan Yun Bomi secara rahsia pada ketika itu.

Saya yang minta rakaman rahsia Shin Sekyung dan Bomi pada masa lepas.

Disebabkan individu tersebut tidak pernah lakukannya, dia sedikit kalut dan telah tertangkap.

Seperti yang dilaporkan baru-baru ini, operasi pengendali ‘bisnes’ “Nth room” ini bermula apabila mereka menawarkan peluang pekerjaan sementara kepada para wanita sebelum mencuri maklumat mereka dan menggunakan informasi berikut sebagai bahan ugutan. Kemudiannya, mangsa dipaksa merakamkan aktiviti tidak senonoh untuk dijual kepada penghuni ruang sembang tersebut. Bayangkan ada kanak-kanak semuda 11 tahun yang menjadi bahan eksperimen oleh para lelaki durjana ini.

Semoga lelaki durjana ini mendapat hukuman yang berat atas perbuatan gila ini.

Sumber: Wikitree

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...