Ikuti Kami:

Serri Daripada Dal Shabet Dedahkan Sisi Gelap Kpop, Dadah & ‘Sponsor’!

Serri Daripada Dal Shabet Dedahkan Sisi Gelap Kpop, Dadah & ‘Sponsor’!

Tipulah kalau cakap yang industri seni ‘bersih’ dan dipenuhi dengan pancaran pelangi serta taman yang penuh dengan bunga. Kalau sesiapa yang masih naif, bolehlah kembali ke dunia nyata kerana semua itu adalah angan-angan sahaja. Industri seni tak kira di mana pun termasuklah di Korea penuh dengan ‘rahsia kotor’. Kes penggunaan dadah dan ‘penaja’ adalah perkara biasa dan lumrah apabila menjadi seorang selebriti.

Kalau korang masih tak percaya, dengar sendiri pendedahan yang dilakukan oleh ahli kumpulan K-Pop, Dal Shabet iaitu Serri menerusi video temu bual yang dimuat naik di laman Youtube peribadinya. Video ini mendapat perhatian ramai kerana dia tidak segan untuk menyentuh isu ‘taboo’ seperti dadah dan ‘penajaan’.

kpop dadah sponsor

Serri bermula dengan menceritakan bahawa segelintir agensi suka menerima ‘tajaan’ tapi ada juga yang menolaknya. Dia bagaimanapun bernasib baik kerana agensi naungannya tidak pernah membawa mana-mana ahli kumpulannya ke sebarang ‘perjumpaan’. Walau bagaimanapun, wanita itu mendedahkan bahawa dia pernah mendapat tawaran ‘sponsor’ melalui mesej terus di laman Instagramnya. Yang mengejutkan, apabila dia menyatakan bahawa ada sesetengah ‘sponsor’ yang akan mengugut sekiranya tawaran mereka ditolak. Sama ada mereka tidak akan dapat muncul langsung dalam dunia seni mahu pun mendapat kerja selepas itu.

Serri juga turut tumpahkan teh tentang penggunaan dadah dalam kalangan idola. Menurutnya, ada seorang ahli kumpulan idola pernah memberikannya bekas vitamin yang mengandungi dadah. Idola yang dirahsiakan identitinya itu memujuk Serri dan mengatakan bahawa dia akan berasa ‘sedap’ apabila mengambilnya. Nasib wanita itu menolak ajakan tersebut, sebabnya tak lama selepas itu idola itu telah muncul di dalam berita kerana kes penggunaan dadah!

Tonton video penuh di sini:

Jangan ingat dunia K-Pop ini hanya ada perkara yang gembira sahaja tahu. Banyak perkara yang disorokkan daripada pengetahuan umum terutamanya peminat. Ada juga antara mereka yang dipaksa melakukan semua perkara ini kerana diugut oleh pihak atasan. Seram betul!

Sumber: Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...