Ikuti Kami:

Sentiasa Bawa Watak Versatil, Ini 7 Sisi Berbeza Kim Soohyun Sebagai Pelakon

Sentiasa Bawa Watak Versatil, Ini 7 Sisi Berbeza Kim Soohyun Sebagai Pelakon

Kim Soo-hyun ternyata merupakan seorang pelakon yang sangat versatil kerana dia tidak pernah membawa watak yang sama dua kali. Daripada makhluk asing yang serius sehingga ke tentera Korea Utara yang kalut, sudah jelas mutu lakonannya yang mantap.

Lihat sahajalah senarai karakternya yang pelbagai!

Pakar muzik

Dream High

Drama bertemakan sekolah dan muzik ini nyata mengangkat nama Kim Soo-hyun dalam industri K-Drama. Lelaki ini telah membawa watak Song Sam-dong, seorang remaja daripada kampung pendalaman yang merupakan seorang yang hebat dalam bidang muzik. Ramai penonton yang terbuai apabila melihatkan kesungguhan lelaki itu mengejar cinta pertamanya Ko Hye-mi (Suzy) sehingga ke Kirin High School Of Art, sebuah sekolah muzik berprestij.

kim soohyun dream high

Raja yang bijak dan berdedikasi

The Moon Embracing The Sun

Dengan lakonan hebatnya sebagai Raja Lee Hwon, Kim Soo-hyun yang jatuh cinta dengan seorang bomoh (Han Ga-in) berjaya meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Baeksang Arts Awards ke-48. Cinta yang utuh terhadap cinta pertamanya itu meskipun melalui pelbagai halangan pasti akan membuatkan anda kekal menonton sehingga ke penghujungnya.

kim soohyun the moon that embraces the sun

Makhluk asing yang mempersonakan

My Love From The Star

Kim Soo-hyun sekali lagi memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Baeksang Arts Awards ke-50 menerusi lakonan meyakinkannya sebagai Do Min-joon. Watak makhluk asing yang terdampar di bumi selama 400 tahun dan mula jatuh cinta dengan aktres popular, Cheon Song-yi (Jun Ji-hyun) membuktikan lakonan lelaki itu yang versatil.

kim soohyun my love from the star

Pencinta dalam diam yang kekok

The Producers

Apa yang anda lakukan sekiranya anda mencintai seseorang dalam diam? Anda boleh berada dekat si dia dengan bekerja di syarikat yang sama, sama seperti karakter Kim Soo-hyun sebagai Baek Seung-chang dalam “The Producers”. Walaupun dia sangat kekok dan pemalu, tapi dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan dapat berada dekat dengan cinta hati!

kim soohyun the producers

Pemilik misteri Hotel Blue Moon (penampilan istimewa)

Hotel del Luna

Meskipun ramai yang berasa sedih dek episod terakhir “Hotel Del Luna” yang meruntun jiwa, Kim Soo-hyun membawa sinar kebahagiaan dengan kemunculannya yang tampan dan mengagumkan. Rasanya penonton dah berulang kali ‘demand’ supaya siri tersebut disambung dengan musim kedua di mana pelakon lelaki itu menjadi teraju utamanya sebagai bos di Hotel Blue Moon.

kim soohyun hotel del luna

Tentera Korea Utara yang kalut (penampilan istimewa)

Crash Landing on You

Tipulah kalau ada yang kata mereka merupakan peminat tegar K-Drama sekiranya tak pernah tonton sisi kelakar Kim Soo-hyun menerusi penampilan istimewanya dalam drama “Crash Landing On You”. Membawa watak sebagai tentera Korea Utara yang menyamar sebagai penghantar ayam goreng nyata membuatkan penonton terhibur melihatkan sisi asingnya itu.

kim soohyun crash landing on you

Penjaga yang berempati

It’s Okay to Not Be Okay

Dalam siri terbaru ini, penonton dapat melihat dua individu yang merawat luka emosi dan psikologi masing-masing. Kim Soo-hyun membawa watak Moon Gang-tae iaitu seorang penjaga di wad psikiatrik dan juga merupakan satu-satunya penjaga kepada abangnya, Sang-tae (Oh Jung-se) yang mengalami masalah autisme. Penonton dijanjikan dengan perjalanan emosi yang turun naik apabila menonton drama ini.

kim soohyun it's okay to not be okay

Tunggu apa lagi! Marathon kesemua drama yang dibintangi oleh si tampan Kim Soo-hyun ini di laman penstriman Netflix pada hujung minggu ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...