Ikuti Kami:

Semakin Mengganas! ‘Parasite’ Terima Tiga Pencalonan Di 2020 Golden Globe Awards

Semakin Mengganas! ‘Parasite’ Terima Tiga Pencalonan Di 2020 Golden Globe Awards

Filem Korea memang hebat-hebat belaka! Sehinggakan ada plot ceritanya yang berada jauh daripada luar kotak, kita sendiri pun pasti akan ‘menganga’ apabila cuba memahamkannya! Antara salah satu filem yang menjadi sebutan ramai pada tahun 2019 ini ialah filem “Parasite” yang dilakonkan oleh nama-nama hebat iaitu Song Kangho, Cho Yeojeong, Lee Sungyun, Park Sodam, Choi Wooshik dan ramai lagi. Naskhah ini yang mula popular di negara asalnya berjaya menembusi sehingga ke pasaran antarabangsa selain turut merangkul beberapa anugerah berprestij.

parasite

Sinopsis

Kepada yang tak tahu, filem ini mengisahkan tentang keluarga Kim Kitaek (Song Kangho), seorang pemandu yang mempunyai seorang isteri dan dua orang anak berusia belasan tahun dan mereka sekeluarga tinggal di sebuah bilik bawah tanah yang kotor dan tidak sepatutnya dihuni oleh manusia.

Kesemua mereka akhirnya menganggur dan hanya melakukan kerja sampingan iaitu melipat kotak pizza. Pada suatu hari anak lelaki mereka telah mendapat kerja sebagai tutor bahsa Inggeris di sebuah rumah orang kaya hasil bantuan rakan anaknya itu.

Daripada situ, anak lelakinya itu telah berusaha untuk membawa kesemua ahli keluarganya supaya dapat bekerja di rumah itu sebagai guru seni, pemandu dan pembantu rumah. Namun ketamakan mereka untuk cuba hidup seperti orang kaya akhirnya membawa kepada satu insiden yang ngeri.

parasite

Dicalonkan di “2020 Gloden Globe Awards”

Kelmarin, Hollywood Foreign Press Association telah mengumumkan senarai pencalonan untuk majlis 2020 Golden Globe Awards yang merupakan acara tahunan untuk menghargai pencapaian membanggakan bagi drama dan juga filem.

Mengejutkan apabila filem “Parasite” berjaya menempatkan diri dalam tiga kategori iaitu “Pengarah Terbaik (Motion Picture), “Skrip Terbaik (Motion Picture), dan “Filem Luar Negara Terbaik”.

Hebat sungguh penangan filem misteri dan saspens ini! Sebelum ini, naskhah ini turut berjaya merangkul anugerah pertama untuk filem keluaran Korea iaitu Palme d’Or di Cannes Film Festival!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...