Ikuti Kami:

Selepas Watak Kasihan Dalam ‘VIP’, Jang Nara Kembali Dengan Drama Komedi Romantik ‘Oh My Baby’

Selepas Watak Kasihan Dalam ‘VIP’, Jang Nara Kembali Dengan Drama Komedi Romantik ‘Oh My Baby’

Ramai pasti masih terkesan lagi dengan kekecewaan yang dialami watak Jang Nara dalam drama “VIP” yang ditayangkan pada tahun lepas. Betapa luluhnya hati seorang isteri apabila suami yang dicintai rupanya main kayu tiga dengan gadis muda, juga merupakan kakitangan di tempat kerja mereka. Meskipun penonton mahukan wanita itu membalas dendam terhadap perbuatan suaminya tetapi mereka terpaksa berpuas hati dengan kesudahan yang pahit manis di mana dia melepaskan sahaja suaminya itu pergi.

Mungkin penat membawa watak yang berat seperti itu, Jang Nara kini kembali dengan sebuah naskhah baru yang bertajuk “Oh My Baby” yang bakal ditayangkan di bawah saluran tvN pada bulan Mei nanti. Ianya merupakan kisah komedi romantik mengenai seorang wanita berusia 39 tahun yang mahukan anak tetapi tidak mahu berkahwin. Apabila sudah berputus asa dengan cinta, tiba-tiba tiga lelaki muncul dalam hidupnya dan membuatkan semua menjadi huru-hara.

jang nara dalam oh my baby

Jang Nara bakal membawa watak Jang Hari iaitu Timbalan Ketua Jabatan di sebuah majalah keibubapaan. Seorang yang cantik dan berbakat dalam kerjanya namun sudah pun berputus asa dengan kehidupan cintanya sejak 10 tahun dahulu.

Drama ini dah nampak kelakar apabila penonton dapat melihat poster Jang Nara yang meyarungkan puting untuk bayi dan bukannya cincin perkahwinan. Pihak produksi juga meminta semua orang supaya menantikan drama yang penuh dengan plot twist kelakar yang pasti akan menceriakan hari semua penontonnya.

Drama ini akan menggantikan drama “Memorist” yang bakal tamat pada Mei nanti dan ia bukan sahaja diterajui oleh Jang Nara, malahan banyak lagi nama hebat yang menjayakannya. Antara mereka ialah Go Joon, Park Byungeun dan Jung Gunjoo.

drama oh my baby

Tak sabarnya!

Sumber: Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...