Ikuti Kami:

Selepas ‘Vagabond’, Lee Seunggi Bakal Berlakon Dalam Drama Mengenai ‘Psychopath’

Selepas ‘Vagabond’, Lee Seunggi Bakal Berlakon Dalam Drama Mengenai ‘Psychopath’

Setelah berjaya membuktikan kehebatan lakonan aksi dalam “Vagabond”, Lee Seung-gi kini dikhabarkan bakal kembali dengan sebuah naskhah baru bertajuk “Mouse”

Dalam drama ini, manusia boleh dikenal pasti menerusi ujian DNA sebagai seorang ‘psycopath’ sejak daripada dalam perut ibunya lagi. Kisah ini berkisar kepada persoalan sama ada seseorang itu mahu melahirkan anak tersebut sekiranya mengetahui bahawa dia adalah seorang ‘psychopath’.

lee seunggi mouse

Lee Seung-gi telah ditawarkan untuk memainkan watak seorang pegawai polis baru bernama Jung Ba-reum yang terkenal kerana sifat tegasnya. Kehidupannya mula berubah apabila dia bersemuka dengan seorang penjenayah yang diilahirkan dengan sifat ‘psychopath’ sehingga seluruh negara menggeruninya.

Pihak produksi “Mouse” berkongsi bahawa drama itu adalah berlainan dan unik berbanding dengan drama lain yang menekankan tema ‘psychopath’. Mereka juga meminta peminat menantikan karisma Lee Seung-gi sebagai seorang pelakon dalam menjayakan watak Jung Ba-reum ini.

Katanya “Mouse” bakal ditayangkan pada pertengahan awal 2021!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...