Ikuti Kami:

Selepas Lokasi Terdedah, Rumah Lisa Blackpink Dikerumuni Peminat!

Selepas Lokasi Terdedah, Rumah Lisa Blackpink Dikerumuni Peminat!

Siapa tak kenal dengan Blackpink? Artis K-Pop yang paling ‘hot’ sekarang ini. Bukan sahaja terkenal di Korea, bahkan populariti mereka merentasi seluruh dunia! Punyalah popular, sehingga salah seorang ahli kumpulan itu bernama Lisa memegang rekod sebagai artis K-Pop yang mempunyai jumlah pengikut terbanyak di Instagram iaitu mencecah hampir 25 juta orang!

Kalau anda nak tahu, Lisa ataupun Lalisa Manoban ini sebenarnya berasal daripada Thailand dan mula berlatih menjadi idola sejak dari bangku sekolah lagi. Disebabkan dia berasal daripada negara Thailand dan juga merupakan antara negara yang penuh dengan peminat K-Pop, sudah pasti ramai rakyat Thai yang mengenalinya.

lisa_blackpink

Setelah satu rancangan televisyen ini melakukan liputan mengenai lokasi rumah nenek dan datuk Lisa di Thailand, habis ramai peminat yang menyerbu rumah artis kesayangan mereka itu. Walaupun Lisa sekarang menetap di korea kerana aktiviti seni, hal itu tidak menghalang para peminat untuk menjejakkan kaki ke rumahnya.

Rumah itu dipenuhi dengan kenangan Lisa ketika dia masih kecil. Gambar dia bersama keluarganya memenuhi ruang tamu rumah lama itu. Selain itu, ruangan rehat di bawah rumah papan itu juga dipercayai merupakan tempat Lisa berlatih menyanyi. Sofa lama yang diletakkan di ruangan yang sama juga turut menjadi tumpuan peminat.

lisa_rumah

Popular sungguh Lisa di Thailand! Peminat Thai semestinya berasa sangat bangga kerana mempunyai seorang idola yang berasal dari tempat yang sama dengan mereka. Dapat melawat rumah tempat artis kegemaran mereka membesar merupakan peluang keemasan yang pasti tidak akan dilepaskan!

Sumber: Blog

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...