Ikuti Kami:

Selepas Joo Jinmo, Seorang Lagi Pelakon Terkenal Terima Ugutan Penggodam!

Selepas Joo Jinmo, Seorang Lagi Pelakon Terkenal Terima Ugutan Penggodam!

Rasanya ramai lagi yang masih terkejut dengan pendedahan mesej mengandungi isi mengaibkan dalam telefon bimbit pelakon Joo Jinmo. Siapa sangka nampak baik di luar tetapi rupanya ada muslihat di belakang. Antara pelakon yang mendapat kecaman hebat ini ialah Jang Donggun kerana dia ditangkap melanggan pelacur semasa isterinya, Go Soyoung sedang mengandungkan anak kedua mereka.

Kisah ini bermula apabila satu jenayah penggodaman secara besar-besaran dalam kalangan selebriti terjadi baru-baru ini. Para selebriti ini dikatakan telah menerima ugutan daripada seorang penggodam yang dipanggil “Penggodam Hitam” dan dia meminta sejumlah wang daripada mangsanya sekiranya tidak mahu mesej, gambar dan video peribadi mereka disebarkan ke serata internet. Dengar cerita seorang idola terkenal telah memberikan jumlah wang yang diminta dengan harapan agar satu video peribadinya tidak dimuat naik untuk tontonan umum.

joo jinmo nafi kandungan mesej

Ingatkan dah tenang lepas ribut mesej Joo Jinmo itu, tetapi rupanya dikhabarkan ada seorang lagi pelakon hebat lain yang turut menerima ugutan yang sama ketika ini. Portal Ten Asia melaporkan filem pelakon itu baru sahaja ditayangkan pada bulan lepas dan dia bakal muncul dengan naskhah terbaru dalam tahun ini juga.

Rata-rata netizen sepertinya sudah dapat ‘bau’ gerangan pelakon popular itu tapi tiada kesahihan lagi kepada spekulasi mereka itu.

“Jadi kenapa buat perangai seperti itu.. Jikalau anda jalani kehidupan yang bersih, sudah pasti tiada apa yang perlu digodam untuk dijadikan bahan ugutan…”

“Hmmm… bintang popular ialah seorang pelakon lelaki yang menjadi teraju utama filem pada tahun lepas dan bakal keluar dengan filem baru pada tahun ini…”

“Selepas terlihat apa yang terjadi pada Joo Jinmo, pastinya pelakon ini akan membayar sebanyak mana wang pun supaya dapat menutupnya. Kenapalah Joo Jinmo tidak lakukan perkara yang sama?”

“Terima kasih kepada penggodam ini, kerana dia semua rahsia kotor selebriti berjaya dibongkarkan… Rasa macam nak sokong penggodam ini..”

“HJW? Atau pun Santa?”

Nantikan lagi berita lanjut mengenai gosip ‘panas’ ini!

Sumber: Allkpop, Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...