Ikuti Kami:

Selepas China & Vietnam, ‘Running Man’ Kini Bakal Hasilkan Versi Indonesia Pula!

Selepas China & Vietnam, ‘Running Man’ Kini Bakal Hasilkan Versi Indonesia Pula!

“Running Man” sememangnya merupakan satu rancangan Korea yang sangat popular di seluruh dunia. Walaupun ada yang tak minat langsung tengok drama Korea atau pun K-Pop, tapi pasti ada yang meminati rancangan itu sahaja. Mungkin kerana setiap ahli “Running Man” yang kelakar sangat! Ahlinya iaitu Yoo Jaesuk, Ji Sukjin, Kim Jongkook, Haha, Song Jihyo, Lee Kwangsoo, Yang Sechan dan Jun Somin merupakan tiang yang teguh dalam mempopularkan program hiburan itu sehingga dikenali ke serata tempat. Populariti mereka boleh dikatakan selaras dengan idola K-Pop!

running man

Disebabkan terlampau kerkenal, banyak siaran televisyen daripada negara lain yang ingin membawa idea itu ke negara mereka juga. Antara negara pertama yang membeli hak cipta “Running Man” ialah China pada tahun 2014 dan ahli Korea juga pernah melawat mereka sebanyak dua kali. Manakala pada awal tahun ini, siaran televisyen tempatan Vietnam juga telah membawa rancangan ini ke negara mereka dan menerima reaksi positif daripada penduduk di sana.

running man china

Tak cukup dengan itu, terbaru, saluran SBS iaitu ibu kepada rancangan “Running Man” telah mengumumkan bahawa program popular itu akan dibawa pula ke siaran televisyen Indonesia tak lama lagi. Gilalah!

Satu perjanjian memo untuk musim pertama telah ditandangi oleh SBS bersama perusahaan Indonesia iaitu FCL pada 29 November lepas di ibu pejabat SBS di Seoul. FCL merupakan satu syarikat pelaburan bagi konglomerat Indonesia iaitu Sinar Mas Group. Syarikat ini berada di tempat ke-4 sebagai syarikat kewangan di negara itu dan turut menyediakan OTT (perkhidmatan penstriman media secara atas talian), produksi kandungan dan pengagihan. Harapan mereka ialah musim pertama “Running Man” Indonesia akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2020 di saluran utama Indonesia dan OTT.

Langkah ini diambil selepas melihat kejayaan yang dicapai oleh “Running Man” versi Vietnam yang mula ditayangkan pada April tahun ini. Sebagai negara dengan jumlah penduduk yang paling ramai di Asia Tenggara, Indonesia akan memainkan peranan sebagai agen utama untuk menyebarkan lagi gelombang Korea di rantau itu.

running man vietnam

Lagi best kerana “Running Man” versi Indonesia ini akan bekerjasama dengan bisnes perdagangan kandungan kerana mereka telah berjabat tangan dengan jenama perdagangan atas talian nombor satu di Indonesia iaitu Tokopedia.

Makin hebat sekarang “Running Man”, stesen televisyen SBS patut berterima kasih kepada pihak produksi yang saban minggu perah otak untuk idea baru. Selain setiap ahli rancangan itu juga patut dapat lebih penghargaan kerana membanting tulang bagi menghiburkan semua penonton tanpa gagal.

running man korea

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...