Ikuti Kami:

Selalu Hantar Mesej Penuh Emotikon Hati, Gong Yoo Dedah Lee Dongwook Sebenarnya Comel

Selalu Hantar Mesej Penuh Emotikon Hati, Gong Yoo Dedah Lee Dongwook Sebenarnya Comel

Tak sangka apabila mula bergandingan dalam drama “Goblin” pada tahun 2016, mereka akan terus menjadi kawan baik sehingga sekarang. Itulah deskripsi hubungan di antara dua pelakon terkenal iaitu Lee Dongwook dan Gong Yoo. Mereka ini mempunyai hubungan yang sangat ‘kamceng’ sehinggakan Gong Yoo terus menerima jemputan Lee Dongwook tanpa berfikir panjang sebagai tetamu jemputan untuk rancangan bual bicara pertama ‘Grim Reaper’ itu iaitu “Lee Dongwook Wants To Talk”.

Rancangan itu mula menemui penonton kelmarin dan menonjolkan keserasian kedua sahabat itu walaupun dihadapan ramai penonton. Gong Yoo mengakui bahawa dia sebenarnya tidak gemar menghadiri program seperti itu kerana tidak pandai bercakap tetapi kerana hubungannya yang sangat rapat dengan Lee Dongwook, dia sertainya juga.

gong yoo cakap lee dongwook comel

Apabila ‘Goblin’ menanyakan kepada ‘Grim Reaper’ sama ada dia merupakan abang yang baik kepadanya dan secara tiba-tiba menyoal, “Kenapa awak sukakan saya?”. Lee Dongwook membalas, “Adakah awak sedang cuba meluahkan rasa cinta terhadap saya?” dan membuatkan penonton di sana ketawa gembira.

Mungkin kita tak tahu, tetapi sebenarnya Lee Dongwook merupakan seorang yang sangat comel. Dalam rancangan itu, Gong Yoo telah mendedahkan perbualan mesej mereka yang penuh dengan kasih sayang. Lee Dongwook sering menghantar mesej yang sama kepada saya dua kali. Dia menulis, ‘Buat apa? Buat apa?’, ‘Di mana? Di mana?’ dan ‘Saya rindu awak’. Dia juga banyak menghantar emotikon berbentuk hati.” Pengacara itu tidak menafikan langsung kenyataan itu, “Saya menghantar banyak mesej dengan comel kepada Gong Yoo.”

gong yoo cakap lee dongwook comel

Rancangan “Lee Dongwook Wants To Talk” yang disertai oleh Gong Yoo dan ditayangkan kelmarin menunjukkan hubungan persahabatan kedua pelakon ini yang sangat utuh. Kalau sesiapa yang ingin melihat mereka mengusik satu sama lain, bolehlah menonton program kelolaan Lee Dongwook ini menerusi saluran SBS pada setiap hari Rabu.

Sumber: Soompi, Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...