Ikuti Kami:

“Saya Malu Dengan Lakonan Amatur Dulu” – Dikecam Halang Imbau Drama Lama, Gong Hyojin Beri Penjelasan

“Saya Malu Dengan Lakonan Amatur Dulu” – Dikecam Halang Imbau Drama Lama, Gong Hyojin Beri Penjelasan

Ingat tak kelmarin kecoh apabila Gong Hyojin dikatakan biadab kerana merayu peminatnya tidak memuat naik lagi klip daripada mana-mana dramanya lagi. Tidak pasti punca sebenar disebalik permintaannya itu, tetapi ternyata ramai netizen yang memarahinya kerana dianggap lupa diri dan tidak menghargai usaha peminat tegarnya.

gong hyojin

Selepas dibanjiri dengan kritikan orang ramai, pelakon wanita itu telah memuat naik penjelasan disebalik insiden tersebut di laman Instagramnya.

Saya tiada niat buruk semasa meninggalkan komen itu. Pertama sekali, saya minta maaf kepada pemilik akaun tersebut termasuklah kepada semua yang terluka. Saya menghargai setiap naskhah lakonan saya, termasuklah semua yang menyukainya. Saya cuma malu dengan lakonan amatur pada masa lalu. Saya harap awak tak salah faham. Jadi berhentilah marah. Tolonglah.

gong hyojin mohon maaf

Selepas melihatkan permohonan maaf Gong Hyojin, peminat yang memuat naik sedutan video itu turut meninggalkan komen kepada pelakon kegemarannya tersebut.

Cik Gong Hyojin yang saya sayangi! Pertama sekali, saya minta maaf. Saya sedih dan rasa bersalah kerana akaun sayalah yang menyebabkan isu ini menjadi semakin serius. Saya faham komen awak tanpa salah faham dan saya akan menyokong awak dengan cara yang disukai awak. Dan apabila saya tutup sementara akaun ini, saya berharap ia tidak akan terus menjadi teruk. Saya bercakap tentang hal ini kerana ramai peminat lain sepertinya salah faham. Saya adalah peminat setia awak, dan saya akan terus menyokong awak sehingga awak menang ‘Anugerah Utama’ lagi meskipun selepas 20 atau pun 40 tahun lagi. Sekali lagi saya ingin meminta maaf di atas masalah ini yang memberi kesan kepada awak dan juga para peminat.

peminat gong hyojin

Jadinya Gong Hyojin sebenarnya malu dengan lakonannya semasa awal berlakon bukannya dia tidak menghargai drama tersebut. Nasib baiklah perkara ini diselesaikan dengan baik. Semoga Gongvly terus tunjukkan lagi lakonan yang lebih baik pada masa hadapan!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...