Ikuti Kami:

“Saya Hampir Lumpuh” – Ahli Running Man Dedah Masalah Kesihatan Selepas 9 Tahun ‘Berlari’

“Saya Hampir Lumpuh” – Ahli Running Man Dedah Masalah Kesihatan Selepas 9 Tahun ‘Berlari’
Sedar tak sedar, dah hampir 10 tahun rancangan “Running Man” ke udara. Saban minggu, setiap ahlinya iaitu Yoo Jaesuk, Ji Sukjin, Kim Jongkook, Haha, Song Jihyo, Lee Kwangsoo, Jun Somin dan Yang Sechan pasti akan cuba untuk menghiburkan penonton dengan telatah lucu mereka. Seperti yang anda tahu, program ini sangat mementingkan ketangkasan fizikal bagi menyelesaikan semua misi yang diberikan oleh pihak produksi. Memang kita di rumah seronok bergelak ketawa, tapi tahukah anda rata-rata ahli “Running Man” kini menghadapi kesakitan fizikal yang membimbangkan.
Dalam sebuah rancangan temu bual, Haha telah menjelaskan bahawa menyertai rancangan lasak seperti “Running Man” dan “Infinity Challenge” telah menjejaskan postur tulang belakangnya sehingga dia terpaksa melalui pembedahan.
“Masalah ‘spinal disc’ saya kian membimbangkan sehingga saya melalui prosedur perubatan. ‘Disc’ saya yang ketujuh sakit dengan teruknya tetapi saya tidak boleh beritahu bahawa saya sedang dalam kesakitan. Saya ingatkan semua orang menghadapi masalah yang sama dan kemungkinan doktor tersebut hanya menokok tambah cerita tapi rupanya saya hampir lumpuh.”

ahli running man dedah kesakitan yang dialami mereka

Haha turut mendedahkan bahawa ahli “Running Man” yang lain juga mengalami kecederaan yang serius.
“Pergelangan kaki Yoo Jaesuk pernah terseliuh dan dia mempunyai masalah dengan pergelangan kaki, belakang, tengkuk dan juga jarinya. Ahli rancangan hiburan seperti kami gunakan badan seperti seorang atlet tapi kami tiada masa untuk pulihkan diri. Jikalau kami mengalami kecederaan yang terlampau serius, rakaman kami akan dipotong. Ada perkara yang kami tak boleh kongsikan kerana tugas utama kami adalah memberikan hiburan.”

ahli running man dedah kesakitan yang dialami mereka

Song Jihyo turut mendedahkan bahawa selepas 10 tahun bersama dengan rancangan hiburan itu, dia kini mengalami masalah kesakitan pada lututnya. Walaupun sering dipuji kerana ketangkasannya, namun begitu wanita ini tidak mampu melawan kerja berat yang dilakukannya dalam rancangan itu.
“Saya terlampau banyak sangat berlari sehingga lutut saya sakit kini!”
Harapnya kesemua ahli “Running Man” dapat menjaga kesihatan diri dengan sebaiknya. Walaupun menghiburkan penonton itu penting tetapi lebih mustahak untuk menjaga kesihatan diri masing-masing.
Sumber: Allkpop, Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...