Ikuti Kami:

“Saya Berasa Rugi Kerana Song Jihyo Hanya Bawa Watak Ceria” – Pengarah ‘The Intruder’

“Saya Berasa Rugi Kerana Song Jihyo Hanya Bawa Watak Ceria” – Pengarah ‘The Intruder’

Mesti anda tahu yang Song Jihyo bakal muncul dengan filem terbaru bertajuk “The Intruder” tak lama lagi. Rata-rata peminat memang teruja sakan dengan berita ini kerana genrenya yang misteri dan seram. Dah terbiasa dengan imej lembut dan romantik, Song Jihyo akan kembali bawa karakter yang sama dengan filem kemunculan pertamanya dahulu iaitu “Wishing Stairs”.

Wanita itu memainkan watak sebagai Yoojin, adik perempuan yang menghilangkan diri namun kembali semula ke pangkuan keluarganya selepas 25 tahun. Keliru dengan kehadirannya, si abang Seojin yang dilakonkan oleh pelakon Kim Mooyeol menjadi sangsi dan sentiasa memerhatikan gerak geri adiknya itu. Meskipun sama sahaja rupanya semasa dia belum hilang tetapi aura Yoojin kelihatan pelik sehingga membuatkan Seojin tertanya-tanya mengenai misteri kehilangan adiknya itu.

song jihyo filem the intruder

Ramai yang tertanya-tanya kenapa pengarah Song Wonpyung percaya Song Jihyo boleh ‘lari’ daripada watak romantik dan kelam-kabutnya dengan memainkan watak Yoojin dalam “The Intruder”.

Saya berasa sangat rugi kerana Song Jihyo sering membawa watak ceria dan nakal, sama seperti apa yang ditonjolkan dalam rancangan hiburan. Saya mahu selongkar sisi Song Jihyo sebagao seorang pelakon yang hebat, misteri dan sedikit murung.

Bukan sahaja Song Jihyo bahkan Kim Mooyeol yang membawa watak abang Yoojin dalam filem ini turut menunjukkan lakonan yang hebat.

Tak sabar nak tengok sisi gelap Jihyo!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...