Ikuti Kami:

Sarung Kembali Cincin Perkahwinan, Ramai Syak Song Joongki & Song Hyekyo Sudah Bersama Semula?

Sarung Kembali Cincin Perkahwinan, Ramai Syak Song Joongki & Song Hyekyo Sudah Bersama Semula?

Siapa sangka hubungan pasangan paling ideal dan menyebabkan cemburu ramai akhirnya sampai juga ke penghujungnya. Meskipun mendapat restu ramai peminat, ternyata ikatan perkahwinan di antara pelakon Song Joongki dan Song Hyekyo hanya mampu bertahan selama dua tahun sahaja. Sungguh pun ramai yang membuat pelbagai spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pasangan popular itu tetapi tiada siapa yang tahu kebenaran disebaliknya melainkan tuan punya badan sendiri.

song hyekyo dan song joongki

Selepas penceraian mereka, kedua-dua selebriti ini lebih senang mendiamkan diri dan hidup jauh daripada perhatian media dan orang ramai. Walaubagaimanapun, setelah lama senyap, mereka mula muncul di khalayak ramai bagi meneruskan karier seni mereka. Song Joongki baru sahaja berehat seketika selepas sibuk dengan penggambaran drama “Arthdal Chronicles” manakala Song Hyekyo pula sibuk menghadiri pelbagai jemputan untuk majlis fesyen di merata tempat.

Dalam diam-diam, pihak media Taiwan menyebarkan cerita bahawa bekas pasangan itu kini berkemungkinan sudah mula bersama kembali. Ini kerana Song Hyekyo kelihatan sudah menyarung kembali cincin yang kelihatan seperti cincin perkahwinannya bersama lelaki itu.

ong joongki dan song hyehyo dikhabarkan bersama semula

Rata-rata netizen ternyata memberi respons berbelah bahagi mengenai kesahihan gosip itu. Walaupun ada yang menyokong mereka kembali bersama tetapi ramai yang merasakan bahawa bekas pasangan itu telah meletakkan titik noktah kepada perhubungan tersebut.

“Dengan kejamnya Song Joongki memutuskan hubungan mereka, saya tak rasa penyatuan tersebut akan berlaku. Sepertinya ada sesuatu yang berlaku antara mereka.. sesuatu yang tidak boleh dimaafkan. Lihat sahaja bagaimana Song Joongki berubah daripada seorang yang penyayang kepada kejam, agak mengejutkan… tetapi kemungkinan mereka untuk kembali semula adalah satu perkara yang menjadi perhatian orang ramai.”

“Dengan cara Song Joongki yang beralih arah secara kejamnya, saya tak rasa mereka akan balik bersama.”

“Saya gelakkan media China semasa mereka menyebarkan gosip mengenai penceraian mereka tetapi melihatkan mereka benar-benar berpisah, saya tak rasa saya boleh tolak andaian ini.”

“Kemungkinan dia mendapat lelaki baru adalah lebih besar daripada dia kembali semula kepada Song Joongki. Dia adalah seorang wanita yang tidak boleh hidup tanpa lelaki.”

“Sesudah awak hilang perasaan pada seseorang itu, agak susah untuk mempunyai rasa yang sama lagi tentang mereka.”

song hyekyo dan song joongki

Walaubagaimanapun, selepas disiasat dengan lebih mendalam, ramai yang menebak bahawa cincin yang dipakai oleh Song Hyekyo itu sebenarnya ialah barang kemas daripada Chaumet di mana dia merupakan duta kepadanya. Tambahan pula wanita itu menyarungkan cincin tersebut pada jari telunjuknya dan bukannya ada jari manis yang lebih sinonim dengan cincin perkahwinan.

Sumber: Netizenbuzz, Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...