Sarah Suhairi Nyanyi “Senggol Senggolan, Cubit Cubitan” Di Busan, Ahjussi & Ahjumma Joget Sakan!

sarah suhairi nyanyi lagu dangdut di busan

Sejak peserta daripada Korea iaitu Jang Hanbyul berjaya mendominasi pertandingan tempatan iaitu Big Stage 2019, makin ramai netizen daripada Malaysia yang kian boleh menerima artis daripada sana. Tapi persoalannya adakah rakyat Korea dapat menerima muzik daripada artis Malaysia kita sendiri?

Jawapannya boleh! Ini kerana Sarah Suhairi iaitu pemenang Big Stage musim pertama telah berjaya mendendangkan lagu dangdut nyanyian Mas Idayu iaitu “Senggol Senggolan Cubit Cubitan” di depan khalayak merangkumi ahjussi dan ahjumma di Busan! Hebat kan?

sarah suhairi nyanyi lagu dangdut di busan

Kisah ini bermula apabila gadis itu telah dipelawa oleh Youtuber terkenal daripada Korea iaitu Blimey untuk menjelajah Busan bersama mereka. Kalau anda nak tahu, isi kandungan video Blimey ini boleh dikatakan kebanyakannya tentang budaya di Malaysia. Contohnya, makanan tempatan, muzik nyanyian artis Malaysia, budaya dan banyak lagi.

Selain itu, semasa di sana, Sarah turut dijemput oleh pihak bandar Busan untuk mewarnai Pesta Filem Antarabangsa Busan sebagai wakil daripada Malaysia! Jadinya kumpulan Blimey yang terdiri daripada Jade, Yerim dan Dasol telah menghulurkan bantuan kepada gadis itu dan membantunya sepanjang dia berada di sana.

sarah suhairi nyanyi lagu dangdut di busan

Agak hebat kerana Sarah telah diajak untuk membuat persembahan di Festival Jagalchi di mana ia sering dikerumuni oleh generasi tua. Jangan terkejut sebab memang ramai yang selalu mengerumuni festival ini apabila dibuka pintunya.

Yang paling menyeronokkan apabila Sarah dengan bangganya telah mempersembahkan lagu dangdut itu di hadapan semua penonton! Menurutnya, dia memilih lagu itu kerana difahamkan bahawa lagu itu mempunyai rentak yang sama dengan lagu trot yang amat popular dalam kalangan orang tua di Korea.

 

Bukan calang-calang, walaupun dinyanyikan dalam bahasa Melayu, kebanyakan ahjussi dan ahjumma yang berada di situ telah berjoget sakan apabila mendengar lagu itu. Ada yang siap cuba panjat pagar bagi melihatkan dengan lebih jelas persembahan Sarah itu.

sarah suhairi nyanyi lagu dangdut di busan

Video persembahan dangdut Sarah itu turut tular di serata media sosial!

sarah suhairi nyanyi lagu dangdut di busan

sarah suhairi nyanyi lagu dangdut di busan

Boleh tonton episod penuh jelajah Sarah dan Blimey di sini!

 

Sumber: Twitter (@seketulcaca), Youtube (Blimey)

Leave a Reply