Ikuti Kami:

“Rupa Cantik Adalah Segalanya”- Rumah Idola Termahal, Netizen Kritik Pendapatan Suzy Tak Setaraf Bakatnya

“Rupa Cantik Adalah Segalanya”- Rumah Idola Termahal, Netizen Kritik Pendapatan Suzy Tak Setaraf Bakatnya

Susah sebenarnya untuk berjaya sebagai idola K-Pop memandangkan banyak kumpulan baru yang muncul setiap bulan sehingga menyebabkan pasaran industri tersebut dipenuhi dengan lambakan idola. Tapi ada idola yang memiliki tuah hebat sehingga berjaya mengecap kejayaan yang luar biasa sehingga popular sampai ke persada dunia.

Antara idola yang berjaya mencapai kejayaan yang manis ini ialah Bae Suzy yang sebenarnya memulakan karier seninya sebagai idola dalam kumpulan Miss A bermula daripada tahun 2010. Merasai populariti dalam satu malam apabila lagu debut mereka iaitu “Bad Girl Good Girl” meraih nombor satu dalam carta muzik Korea dalam sekelip mata sahaja!

bae suzy

Malahan, antara empat orang ahlinya, Suzy telah mencuri perhatian ramai kerana kecantikannya yang luar biasa. Sampaikan dia ditawarkan untuk berlakon dalam filem “Architecture 101” dan projeknya itu menaikkan lagi namanya di Korea sehingga diberi gelaran ‘Cinta Pertama Semua’.

Baru-baru ini sebuah program hiburan iaitu “TMI News” mendedahkan bahawa Suzy berada di tangga teratas bagi idola yang memiliki kediaman termahal bagi idola wanita K-Pop. Bayangkan bahawa rumah itu adalah 442 meter persegi dan nilainya mencecah hampir 4 billion won (RM14.3 juta). Rumahnya itu juga dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan juga 3 bilik air. Fuhh!

rumah suzy mahal

rumah suzy mahal

Tak cukup dengan itu, selebriti wanita ini turut memiliki sebuah bangunan di Gangnam di mana harganya ialah 37 billion won (RM132.4 juta) dan sewanya pada setiap bulan bernilai 15 million won (RM53,673).

Bagi idola lelaki pula, Lee-teuk daripada kumpulan veteran Super Junior berjaya menduduki tempat pertama dengan kediamannya yang mencecah harga 4.38 billion won (RM15.6 juta). Bukan ‘biashe-biashe’ mereka semua ini!

rumah leeteuk mahal

Pun begitu, selepas didedahkan kepada umum mengenai hartanah yang dipunyai oleh idola popular ini, ramai yang mengeluarkan kritikan yang mencela pendapatan melampau mereka. Tambahan pula, Suzy memang merupakan pelakon yang popular tetapi bakat yang ditonjolkan olehnya seperti tidak sepadan dengan bayaran yang ditawarkan kepadanya.

Mereka semua ini mendapat pendapatan yang tak setaraf langsung dengan bakat yang ditonjolkan..

 

Tak payah belajar bersungguh-sungguh, rupa cantik adalah segalanya!

 

Cemburunya dengan bakal suami Suzy, dahlah sempurna, cantik pula dengan duit banyak lagi!

 

Sebab itulah semua orang sibuk nak jadi idola.

 

Tapi Suzy langsung tak pandai berlakon…

 

Kalau ya pun selebriti, kenapa perlu beli rumah sebesar itu walhal tinggal seorang sahaja pun…

Untunglah Suzy!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...