Ikuti Kami:

“‘Running Man’ Dah Gila Ke?” – ‘Love Line’ Jun Somin & Suami Orang Ji Sukjin Buat Penonton Tak Selesa

“‘Running Man’ Dah Gila Ke?” – ‘Love Line’ Jun Somin & Suami Orang Ji Sukjin Buat Penonton Tak Selesa

Siapa yang dah biasa tonton rancangan “Running Man”, pasti tahu bahawa mereka sering mengusik dan membina hubungan cinta di antara ahlinya dan juga tetamu undangan. Kalau dahulu, hubungan cinta ini bermula dengan pasangan ‘Monday Couple’ antara Gary dan Song Jihyo tetapi kini mereka sering mengenenkan Jun Somin dan beberapa lelaki. Pada awalnya, pelakon wanita itu diusik bersama Lee Kwangsoo tapi ternyata ia tidak menjadi kerana lelaki itu mengakui sedang bercinta dengan pelakon Lee Sunbin. Sekarang ini, Somin nampaknya seperti sibuk dipasangkan dengan Yang Sechan dan hubungan itu nampaknya mendapat sokongan kesemua ahli rancangan tersebut.

running man

Pun begitu, tanpa angin tanpa ribut, “Running Man” kini sibuk pula mengusik hubungan cinta di antara Somin dan Ji Sukjin. Pada episod baru-baru ini, rata-rata ahli menebak bahawa lelaki paling tua dalam program itu menyukai Somin. Ini kerana semasa mereka menggunakan kereta Ji Sukjin untuk bergerak ke lokasi lain, Kim Jongkook perasan terdapat satu pelekat dengan gambar wanita itu dilekatkan di tempat duduk penumpang.

Tanpa memberikan peluang kepada lelaki tua itu membuat penjelasan, ahli “Running Man” lain terus membuat telahan masing-masing.

Patutlah dia asyik tak puas hati dengan Yang Sechan.

Walaubagaimanapun, Ji Sukjin terus menerangkan bahawa pengurusnya yang melekatkan gambar itu dan dia hanya menggunakan kereta itu ketika menyelesaikan jadual seni sahaja dan bukannya kegunaan peribadi.

jun somin dan ji sukjin

Tak habis lagi dengan sesi mengenakan Ji Sukjin, Kim Jongkook terjumpa pula resit pembelian beg tangan wanita di dalam kereta tersebut. Habislah kena ‘paku’, tapi lelaki itu menjelaskan bahawa dia tidak pernah membeli beg berkenaan.

Saya tak pernah beli pun. Itu bukan kad kredit saya. Cuba semak nombor itu dan tengok siapa punya.

Pun begitu, ahli “Running Man” berterusan mengusik Ji Sukjin sampaikan mereka kononnya bercakap dengan isteri Sukjin dan berharap agar wanita itu benar-benar menerima beg tangan tersebut.

Disebabkan mereka sudah hampir 10 tahun bersama, sudah pasti kesemua ahli “Running Man” sangat selesa untuk mengusik antara satu sama lain. Tapi pada netizen pula, mereka sepertinya melampaui batas kerana cuba membina hubungan cinta di antara Somin dan Ji Sukjin yang sudah pun mempunyai isteri dan anak yang dah besar panjang (pelajar sekolah menengah).

‘Running Man’ dah gila ke?

 

Ini adalah perkara yang sangat tak sensitif untuk keluarga Ji Sukjin dan juga Jun Somin… Kalaulah benar gosip hubungan sulit berterbangan di antara mereka, siapa yang akan bertanggungjawab mengenai kehormatan keduanya?

 

Saya suka tonton “Running Man” tetapi serius tak faham kenapa nak kaitkan Ji Sukjin dan Jun Somin… Kenapa buat macam itu?

 

Kenapa rancangan ini suka paksa hubungan cinta?

 

Ji Sukjin dah ada anak yang merupakan pelajar sekolah menengah, anda tak rasa macam kurang ajar ke?

 

Mereka gunakan perkataan ‘hubungan sulit’ dalam kapsyen? Dah gila ke?

 

Hubungan cinta dengan suami orang… melampaunya.

Nampak gayanya daripada sedutan episod akan datang, pihak produksi “Running Man” sepertinya akan teruskan dengan ‘hubungan cinta’ ini. Tapi melihatkan daripada reaksi negatif penonton, mungkin mereka akan potong dan sunting kembali episod tersebut. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Sumber: theqoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...