Ikuti Kami:

Ruang Sembang Eksploitasi Wanita Secara Seksual Didedahkan Turut Disertai Oleh Selebriti Korea Terkenal!

Ruang Sembang Eksploitasi Wanita Secara Seksual Didedahkan Turut Disertai Oleh Selebriti Korea Terkenal!

Semua orang pasti terkejut dengan berita tergempar yang berlaku di Korea baru-baru ini. Meskipun semua sedang sibuk dengan wabak COVID-19 tetapi satu jenayah seksual terhadap wanita malahan ada kanak-kanak bawah umur yang terlibat telah berjaya dibongkarkan. Kes itu digelar sebagai “Nth Room” kerana medium penyebaran bahan pornografi itu ialah ruang sembang dalam aplikasi Telegram.

Mengejutkan kerana beberapa ruang sembang ini dihuni oleh 260,000 ahli di mana mereka melakukan urusan jual beli bahan pornografi mangsa yang tidak berdosa. Operasi pengendali ‘bisnes’ ini bermula apabila mereka menawarkan peluang pekerjaan sementara kepada para wanita tersebut sebelum mencuri maklumat mereka dan menggunakan informasi berikut sebagai bahan ugutan. Kemudiannya, mangsa dipaksa merakamkan aktiviti tidak senonoh untuk dijual kepada penghuni ruang sembang tersebut. Bayangkan ada kanak-kanak semuda 11 tahun yang menjadi bahan eksperimen oleh para lelaki durjana ini.

Bahan video ini yang terlampau meloyakan sehingga membangkitkan kemarahan seluruh rakyat Korea dan dunia. Antara kandungan yang para mangsa ini terpaksa rakamkan ialah meletakkan gunting dalam kemaluan mereka selain beronani di lantai tandas lelaki. Ada juga kes rogol yang berlaku dan video ini mejadi ‘demand’ ahli dalam ruang sembang itu. Gila!

Selepas jenayah jijik ini dibongkarkan, polis menjejaki pengendali disebalik “Nth Room” ini dan berjaya memberkas seorang lelaki yang menggunakan gelaran ‘Doktor’ semasa melakukan ‘bisnes’ tersebut. Selepas berjuta orang termasuk selebriti terkenal menandatangani petisyen supaya mendedahkan identiti sebenar lelaki itu, pihak polis akhirnya menunjukkan wajahnya ke seluruh dunia. Seperti tidak ikhlas meminta maaf, Jo Joobin yang berusia 25 tahun kini menghadap ke pengadilan atas perlakuan tak berperikemanusiaannya.

jo joobin

Ruang sembang itu dibahagikan kepada beberapa bilik mengikut ‘level’ seseorang, seseorang itu akan berada dalam bilik ‘top-tier’ sekiranya mereka membayar yuran yang mahal dan mendapat akses kepada kandungan yang lebih eksklusif. Tidak mengejutkan kerana daripada 10,000 orang yang berada dalam bilik tersebut terdiri daripada nama yang terkenal. Antara daripada nama yang disebut termasuklah atlet popular, CEO kepada syarikat ‘start-up’, profesor, selebriti terkenal dan ahli lain yang berprofil tinggi. Dikatakan bahawa ramai yang akan mengenali mereka apabila nama para ahli ini didedahkan kepada umum.

Kerana menggunakan aplikasi ‘Telegram’, urusan jual beli ini dilakukan menggunakan mata wang kriptografi. Seorang yang telibat dengan perdagangan mata wang ini memberikan penjelasan yang lebih mendalam mengenai urusan ini.

Jikalau mereka menerima bayaran menggunakan wang, kita tidak boleh memperolehi maklumat peribadi yang boleh mendedahkan identiti mereka. Kalau dihantar menggunakan mata wang kriptografi, kita boleh menjejaki identiti penerima menerusi maklumat dalam dompet kriptografi, seperti maklumat transaksi (token) yang dibuat dan alamat yang digunakan.

Presiden Korea Selatan iaitu Moon Jaein juga mendedahkan bahawa pihak bertanggungjawab akan menggalas tugas untuk mengorek ruang sembang ini sehingga ke lubang cacing dan terus melumpuhkan perniagaan tidak bermoral seperti ini. Kes “Nth Room” ini akan disiasat oleh satu pasukan khas yang terdiri daripada pakar IT antarabangsa dan juga penyiasat lain.

Kesemua netizen juga menyeru supaya kesemua nama ahli ruang sembang itu didedahkan termasuklah selebriti dan juga nama terkenal yang lain.

Sumber: Insight

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...