Ikuti Kami:

[Review] Filem Pengusiran Syaitan & Thriller Seram, Tonton ‘Metamorphosis’ Di Wayang Sekarang!

[Review] Filem Pengusiran Syaitan & Thriller Seram, Tonton ‘Metamorphosis’ Di Wayang Sekarang!

Walaupun ‘Fast & Furious’ merupakan francais yang popular di seluruh dunia, filem thriller seram iaitu ‘Metamorphosis’ berjaya menolaknya turun daripada tangga pertama wayang selepas mula ditayangkan di Korea. Filem ini juga turut dinobatkan sebagai filem seram pertama yang menduduki tempat pertama box-office selepas filem ‘Gojiam: Haunted Asylum‘ melakukannya pada Mac 2018.

Filem yang diterajui nama-nama besar seperti Bae Sungwoo (Joongsoo), Sung Dongil (si ayah) dan Jang Youngnam (si ibu) menguatkan lagi tarikan penonton untuk menonton filem ini. Kehebatan lakonan pelakon veteran ini semua memang tidak disangkal lagi. Selain itu, naskhah ini turut diserikan dengan beberapa pelakon baru iaitu Kim Hyejun (Sunwoo), Cho Yihyun (Hyunjoo) dan Kim Kanghoon (Woojong).

metamorphosis

Kisah filem ini berkisar tentang seekor syaitan yang menghuru-harakan kehidupan satu keluarga yang harmoni dengan menggunakan kebolehannya untuk mengubah kepada pelbagai rupa. Keluarga itu menghadapi malam yang menakutkan dan dipenuhi dengan kemarahan apabila syaitan itu bertukar-tukar rupa di antara ahli keluarga tersebut. Hal ini mengusutkan keadaan dan menimbulkan rasa tidak percaya dalam kalangan keluarga itu. Sedang dalam kekalutan, adik kepada ayah keluarga itu yang merupakan seorang paderi dan mempunyai kebolehan mengusir syaitan telah berusaha untuk membantu keluarga itu.

metamorphosis review

metamorphosis review

[Amaran Spoiler]

Suasana seram dibangkitkan menerusi babak yang membuatkan anda geli dan takut dalam masa yang sama. Antaranya ialah, rumah jiran keluarga itu dipenuhi dengan banyak bangkai haiwan yang telah dilapah dan disiat-siat. Bukan itu sahaja, tompokan serta titisan darah memenuhi segenap ruang tamu rumah tersebut. Visual babak itu memang menjelekkan! (Masa mak dia kena rasuk dan dia selamba sahaja pijak serpihan kaca yang terpacak, menjerit jugaklah orang dalam wayang tu!)

metamorphosis review

metamorphosis review

‘Metamorphosis’ juga mempunyai jalan cerita yang mudah difahami dan masuk akal kerana pelaksanaanya yang tersusun. Tidak seperti filem sebelum ini iaitu ‘The Divine Fury’ (lakonan Park Seojoon dan Ahn Sungki) yang turut mengangkat tema pengusiran syaitan tetapi plotnya agak compang-camping dan mengambil masa untuk difahami. (Admin tak ada masalah langsung dengan Park Seojoon /kelip mata/)

Apabila dah hampir ke penghujung filem ini, rasa berdebar-debar menguasai diri sebab kita tidak tahu adakah mereka semua akan selamat. Cara penguasaan syaitan itu memang gila dan dia tidak akan berpuas hati selagi semua tak mati. Kalau rasa tak kuat semangat, tak payahlah tonton filem ini. Sebabnya ia dipenuhi dengan babak kekejaman antaranya ialah apabila Sunwoo dipukul dengan ranting kayu berulang kali sehingga berdarah-darah, lengan si ayah yang dihentak beberapa kali dengan penukul besi oleh jelmaan si ibu, mayat Hyunjoo yang rentung kerana ditarik masuk ke dalam tempat pendiangan api oleh syaitan durjana tersebut dan banyak lagi.

metamorphosis

metamorphosis review

Admin nak bagi spoiler pasal ending filem ini, jadi kalau tak nak baca boleh skip tahu!

Siapa sangka paderi merangkap pak cik kepada budak-budak itu akhirnya menemui ajal kerana dia mahu menyelamatkan kesemua ahli keluarga abangnya. Sedikit sedih kerana walaupun dia yang masih trauma akibat upacara pengusiran syaitan sebelum ini menyebabkan kematian seorang gadis lain, dia tetap memberanikan diri menggunakan dirinya sebagai korban demi menyelamatkan keluarga abangnya itu.

metamorphosis review

Cerita ini tiada langsung unsur humor. Memang sedih, ngeri dan seram semata-mata! Kalau anda tidak minat dengan cerita yang berat dan bermain dengan emosi, bolehlah tutup mata apabila nampak poster filem ini di panggung wayang. Lepas tonton filem ‘Metamorphosis’ ini, admin faham kenapa ianya telah berjaya mengutip lebih daripada RM10 juta selepas ditayangkan di Korea. Sesiapa yang memang sukakan filem seram thriller, bolehlah ke panggung GSC berdekatan!

Sumber: Yang benar daripada admin yang baru tonton semalam.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...