Ikuti Kami:

[Resipi] Tak Perlu Bayar Mahal, Buat Sendiri Ayam Goreng Ala Korea Di Rumah!

[Resipi] Tak Perlu Bayar Mahal, Buat Sendiri Ayam Goreng Ala Korea Di Rumah!

Semenjak rakyat Malaysia dilanda ‘demam’ Korea, semakin banyak kedai khas Korea telah dibuka di Malaysia, tak kisahlah kedai serbaneka, kedai pakaian atau pun kedai makan. Memang banyak gila!

Bagi makanan, semestinya ayam goreng yang menjadi perhatian rakyat tempatan. Kalau dulu selalu makan ayam KFC dan McDonalds sahaja, sekarang dah banyak francais kedai ayam goreng Korea di Malaysia. Antaranya ialah NeNe Chicken, Goobne, KFry, KyoChon, Pelicana dan banyak lagi!

ayam goreng korea

Tapi penat jugak kalau asyik nak pergi ke kedai-kedai ni kalau teringin nak makan ayam goreng Korea. Dahlah mahal, kena beratur panjang pula tu. Macam tak berbaloi sahaja.

Apa kata korang cuba sendiri buat dekat rumah. Senang sahaja dan tak perlu pakai banyak bahan pun! Nah resipinya.

Bahan-bahan untuk ayam goreng:

  • Ketulan ayam
  • Serbuk lada sulah
  • Halia kisar
  • Bawang putih kisar
  • Garam
  • Tepung bestari
  • Minyak

Bahan-bahan untuk sos:

  • Cili kisar
  • Bawang putih cincang
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Madu
  • Bijan
  • Garam

Cara memasak Ayam Goreng ala Korea:

1. Campurkan kesemua bahan yang digunakan untuk sebagai perasa ayam sebelum digoreng.

ayam ala korea

2. Guna tepung bestari sebagai salutan untuk mendapatkan ayam yang rangup di luar tetapi lembut di dalam.

ayam ala korea

3. Pastikan minyak yang digunakan panas, kalau tak nanti ayam tu serap minyak. Tak sedap!

ayam ala korea

4. Untuk sos pula, masak kesemua bahan yang diperlukan sehingga sebati.

ayam ala korea

5. Dah sebati kesemua bahan itu, masukkan semula ayam yang digoreng tadi dan gaulnya bersama sos tersebut.

ayam ala korea

Nah, dah siap pun! Nampak lazat dan menyelerakan kan?

ayam ala korea

Tak perlu pun susah drive pergi ke pusat membeli-belah kalau mengidam. Buat kat rumah sahaja, satu keluarga boleh makan sepuas-puasnya!

Nah video penuh, kalau korang nak lebih faham tentang proses menyiapkan Ayam Ala Korea ini.

Sumber: BeautifulNara

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...