Ikuti Kami:

Rating Kian Meningkat, ‘Extraordinary You’ Bawa Kisah Romantik Klisé Sehingga Buat Penonton Terbuai

Rating Kian Meningkat, ‘Extraordinary You’ Bawa Kisah Romantik Klisé Sehingga Buat Penonton Terbuai

Kebelakangan ini, banyak sungguh drama Korea yang best telah dan sedang ditayangkan di kaca televisyen. Ada yang bawa genre aksi, ada yang bawa genre thriller, banyak betul pilihan! Tapi kadang-kadang, ada yang tidak suka menonton drama dengan plot rumit kerana tidak mahu penat berfikir. Mereka mahukan ketenangan ketika menonton drama, disebabkan itu mereka memilih untuk menonton drama dengan jalan cerita yang klisé dan ringan.

Bagi mereka yang dahagakan drama yang membawa cerita romantik klisé, anda patut menonton drama terbaru iaitu “Extraordinary You” lakonan Kim Hyeyoon, Rowoon dan Lee Jaewook. Kalau melihatkan barisan pelakon ini, mesti ada yang tak kenalkan? Walaupun masih ‘hijau’ dalam dunia lakonan tetapi bakat lakonan mereka memang tidak dapat dinafikan!

extraordinary you drama klise yang romantik dan ringan

Drama ini berkisar tentang Eun Daoh (Kim Hyeyoon) yang merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah berprestij. Walaupun hidup serba mewah, dia tidak dapat menolak nasib malangnya yang mempunyai sakit jantung. Tunangnya iaitu Baek Kyung (Lee Jaewook) juga adalah pelajar di sekolah yang sama namun gadis itu hanya bertepuk sebelah tangan kerana lelaki itu tidak menyukainya. Dengan tidak semena-mena, Eun Daoh mengalami hilang ingatan terma pendek dan dia dapat melihat apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Dia menjadi hairan melihat simptomnya.

Kemudian, Jinmiche daripada kafeteria sekolahnya mendedahkan bahawa gadis itu adalah watak dalam sebuah komik bertajuk “Secret”, sama seperti semua di situ. Dia juga mendapat tahu bahawa dia hanyalah watak sampingan di dalam komik itu dan dia tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup. Terpempan, Eun Daoh membuat keputusan untuk mencari cinta sejatinya sendiri dan bukannya yang ditentukan oleh penulis komik itu. Pada suatu hari, dia telah jatuh daripada tangga sekolah namun diselamatkan oleh seorang pelajar lelaki dan hatinya mula berbunga-bunga. Selepas itu, dia mendapat tahu bahawa lelaki itu sekelas dengannya dan dia juga tidak mempunyai nama. Mereka mulai rapat dan Eun Daoh menamakannya Haroo (Rowoon).

extraordinary you drama klise yang romantik dan ringan

Sudah hampir 6 episod ditayangkan, drama ini melihat peningkatan yang signifikan bagi setiap episodnya. Untuk episod yang terbaru ini, kedua-dua bahagiannya telah merekodkan rating 3.1% dan 4.1%. Buat pengetahuan anda, ini adalah kali pertama drama “Extraordinary You” berjaya melepasi angka 4 bagi ratingnya. Jadi, episod terbaru ini adalah rekod terbaik yang dicatatkan oleh naskhah ini!

Kepada sesiapa yang dah tak tahu nak marathon drama Korea yang mana, bolehlah mula tengok drama “Extraordinary You” yang ditayangkan setiap Rabu dan Khamis di saluran MBC! Walaupun drama tentang pelajar sekolah, yang dewasa juga tak salah untuk menonton drama ini. Mana tahu boleh imbau kenangan masa jadi pelajar dahulu.

Sumber: Soompi, Asianwiki

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...