Ikuti Kami:

Rating Kian Menaik, Penonton Puji ‘My Unfamiliar Family’ Tonjol Kisah Keluarga Realistik & Menyentuh Hati

Rating Kian Menaik, Penonton Puji ‘My Unfamiliar Family’ Tonjol Kisah Keluarga Realistik & Menyentuh Hati

Meskipun tidak mendapat perhatian yang hebat sebelum tayangannya, tapi siapa sangka drama kekeluargaan “My Unfamiliar Family” berjaya memikat hati ramai penonton kerana plotnya yang realistik dan menyentuh perasaan.

Sinopsis “My Unfamiliar Family”

Drama ini membawa penonton menelusuri hubungan rumit di antara keluarga dan rakan-rakan. Kim Eun-hee (Han Ye-ri) merupakan anak kedua yang mempunyai hubungan asing dengan setiap ahli keluarganya. Oleh sebab itu, dia lebih senang menceritakan segala masalah kepada rakan baiknya yang sudah dianggap seperti abang sendiri iaitu Park Chan-hyuk (Kim Ji-seok).

Naskhah ini memberi penekanan kepada realiti keluarga moden kini yang kian menjauh antara satu sama lain apabila semakin meningkat tua. Bagi mengisi ruang yang kosong itu, ada antara ahli keluarga yang memilih untuk mengikat hubungan dengan orang luar dan menganggap mereka sebagai keluarga sebenar. Walaubagaimanapun seperti kata pepatah, ‘air yang dicincang tidak akan putus’.

my unfamiliar family

Pelbagai konflik, pelbagai emosi

Pertelingkahan adik beradik

Setiap daripada ahli keluarga ini mempunyai masalah mereka tersendiri terutama sekali di antara dua adik beradik perempuan iaitu Eun-hee dan Eun-joo (Chu Ja-hyun). Kedua-dua wanita ini adalah sangat dingin dan keras lantas mereka sering berlaga. Tapi sebenarnya dalam diam mereka tetap menyayangi antara satu sama lain dan mengambil berat tentang perihal masing-masing dengan cara yang tersendiri.

Ibu bapa mahu bercerai

Punca sebenar keluarga ini cuba berbaik semula adalah apabila kedua ibu bapa mereka membuat keputusan untuk bercerai dan telah menantikan saat ini supaya anak-anak semua sudah besar dan boleh menguruskan hidup sendiri. Ini berpunca daripada kisah 30 tahun dahulu apabila si bapa pernah ditangkap mempunyai hubungan sulit sehingga meremukkan hati si ibu.

my unfamiliar family

Rahsia suami yang mengejutkan

Perkahwinan sepertinya adalah tema penting dalam cerita ini, tambahan pula kisah Eun-joo dan suaminya Tae-joon (Kim Tae-hyung) yang sudah mula berasa tiada kebahagiaan di antara mereka. Lebih menyakitkan hati apabila Eun-joo mendapat tahu bahawa lelaki tersebut sebenarnya merupakan seorang homoseksual dan ditipu hidup-hidup sepanjang perkahwinan mereka.

Bahkan keluarga mertua Eun-joo juga sebenarnya mengetahui perkara ini tetapi bertindak merahsiakan hal tersebut daripada pengetahuannya. Meskipun marah, wanita itu sepertinya mula menerima kenyataan dan meneruskan perkahwinan tersebut demi kepentingan suaminya.

my unfamiliar family

Hubungan terlarang dengan bos

Eun-hee yang pada awalnya mula menjalinkan hubungan terlarang dengan kekasih orang yang juga merupakan bosnya iaitu Im Gun-joo (Shin Dong-wook). Walaupun merasa seronok pada awalnya, wanita itu mula menyedari kesalahannya dan memutuskan hubungan tersebut. Sering melepaskan beban kepada rakan baiknya iaitu Chan-hyuk (Kim Ji-suk), adakah rasa cinta mula berputik di antara mereka.

my unfamiliar family

Penonton puji jalan cerita yang memukau

Saya tak sukakan drama keluarga, tapi ‘My Unfamiliar Family’ menjentik rasa ingin tahu saya dan ia adalah sangat menyeronokkan.

 

Saya tak sangka Chu Ja-hyun boleh berlakon dengan hebat seperti ini, dia dan Han Ye-ri memang sesuai membawa watak adik-beradik.

 

Semua orang pandai berlakon dan drama ini sangat best!

 

Drama ini adalah sangat trendy~ Saya sangat suka kerana ia menampilkan sisi lain kepada drama keluarga berbanding yang ditayangkan di saluran awam. Lakonan semua orang adalah sangat hebat dan saya berasa sangat teruja ingin mengetahui perkembangan cerita ini.

 

Best gila drama ini!

Rating “My Unfamiliar Family” pun semakin meningkat pada saban episod. Tak ada seorang pun yang tak boleh berlakon malahan jalan ceritanya juga menarik. Rugi kalau tak tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...