Ikuti Kami:

Rating ‘Catch The Ghost’ Kian Menurun, Sikap Penting Diri Yooryung Buat Penonton Jengkel

Rating ‘Catch The Ghost’ Kian Menurun, Sikap Penting Diri Yooryung Buat Penonton Jengkel

Tiap-tiap malam lepas balik kerja, mesti semua sibuk menghadap komputer riba sebab nak marathon drama Korea kan? Bukan setakat tonton secara online, siap ada yang rekod siap-siap pada malam sebelumnya supaya terus boleh tonton pada keesokan harinya.

Ada tak yang sedang tonton drama “Catch The Ghost” lakonan pelakon hebat iaitu Moon Geunyoung dan Kim Seonho? Drama ini walaupun terselit banyak unsur komedi tetapi kes jenayah yang dikendalikan oleh mereka boleh tahan berat dan agak mengerikan. Contohnya, kes pembunuhan dalam kereta api bawah tanah dan semua mayat mangsa disorokkan di dalam ruang kosong di bawah tempat duduk selain kes penderaan domestik.

Sinopsis

Kalau anda nak tahu, “Catch the Ghost” membawa kisah Yooryung (Moon Geunyoung), seorang detektif amatur yang bercita-cita tinggi. Dia berusaha keras bagi mencari adik kembarnya iaitu seorang pesakit autisme yang telah lama hilang. Sehinggakan dia sanggup menukar portfolio kerja sebagai pegawai polis untuk kereta api bawah tanah bagi mencari adiknya yang dikatakan mungkin telah menjadi mangsa ‘Subway Ghost’. Go Jiseok pula merupakan seorang pegawai polis berkaliber tetapi memilih untuk bekerja sebagai pegawai biasa yang bertugas di kereta api bawah tanah bagi memudahkannya menjenguk ibunya yang mempunyai masalah nyanyuk.

Yooryung mempunyai fikiran dan pandangan yang sangat tajam dan dia menggunakan kelebihannya itu untuk menyelesaikan pelbagai kes jenayah. Dengan bantuan Jiseok yang merupakan senior kepadanya, mereka bersama-sama menyelesaikan kes jenayah. Namun kebanyakan masanya lelaki itu terpaksa ‘membersihkan’ segala kekalutan yang disebabkan oleh Yooryung.

Rating kian menurun

Walaupun bermula dengan rating yang tinggi pada awal tayangannya, namun sepertinya rekod itu semakin menurun selepas 6 episod ia ke udara. Untuk episod pertama, “Catch The Ghost” berjaya meraih rating 4.1% namun hanya mampu menggenggam rating 2.4% untuk episod ke-6 yang ditayangkan kelmarin.

Peminat berasa jengkel dengan Yooryung

Walaupun watak Moon Geunyoung iaitu Yooryung kelihatan berusaha keras untuk mengesan adik kembarnya yang hilang tetapi sikapnya yang mementingkan diri sendiri itu menimbulkan rasa ‘bengang’ dalam diri penonton.

Walaupun sudah menerima teguran banyak kali daripada ketuanya iaitu Jiseok untuk tidak memasuki terowong kereta api bawah tanah itu kerana mereka boleh dibuang kerja tetapi gadis itu tetap berdegil. Selain itu, beberapa tindakan melulunya bagi menangkap penjenayah telah menyebabkan ketuanya itu dikenakan denda di mana gaji bulanannya telah dipotong.

Antara komen ‘bengang’ penonton:

“Dua episod awalnya adalah seronok dan kelakar tetapi episod yang terbaru ini sedikit bosan. Tambahan lagi, watak Moon Geunyoung semakin menjengkelkan. Mungkin kerana dia dipasangkan dengan pegawai yang logikal dan tak menerima sebarang perbuatan yang mengarut. Tetapi saya masih lagi akan menonton drama ini kerana saya sangat tertarik dengan kisah hantu kereta api bawah tanah itu.”

“Saya baru sahaja menonton episod ketiga tetapi saya berasa kecewa dengan watak Moon Geunyoung apabila dia mengambil kunci panel tersebut dan tidak memikirkan langsung tentang ketuanya yang telah dipotong gaji disebabkan oleh kesalahannya.”

“Ketuanya juga sedang mengalami pelbagai kesusahan sehingga menyebabkan saya semakin membenci dengan watak Yooryung. Saya faham bahawa dia betul-betul terdesak tetapi dia sangat pentingkan diri. Kalaulah wataknya tidak semakin baik, saya mungkin akan berhenti menonton drama ini.”

Sumber: Ddoboja, DramaWiki

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...