Ikuti Kami:

Rakan Pelakon Positif COVID-19, Peminat Risaukan Kesihatan Yoo Yeonseok

Rakan Pelakon Positif COVID-19, Peminat Risaukan Kesihatan Yoo Yeonseok

Dalam keadaan kes COVID-19 yang kian meningkat, semakin ramai yang mula panik dan risau degan keadaan diri mereka. Disebabkan oleh pembentukan kluster yang kian banyak, semua orang patut mengamalkan langkah berjaga-jaga bagi membendung virus ini. Di luar China, Korea Selatan terletak di tangga yang tertinggi sebagai negara yang paling teruk terjejas kerana COVID-19. Lantas rata-rata peminat K-Pop dan K-Drama berharap agar selebriti kegemaran mereka akan kekal sihat dan berjaya mengharungi masalah ini.

Sebelum pelakon Yoo Yeonseok telah menerima tawaran berlakon dalam filem Korea-Perancis iaitu “Matin Calme” bersama pelakon Olga Kurylenko. Ianya membawa kisah seorang pemeriksa perubatan dan seorang detektif Korea yang bekerjasama untuk menyiasat penemuan satu mayat misteri dan siasatan itu membawa kepada pendedahan yang mengejutkan.

yoo yeonseok matin calme

Bercadang untuk memulakan penggambaran tak lama lagi di Korea tetapi semuanya mula jadi tidak keruan apabila COVID-19 mula menular dengan teruknya. Mengejutkan apabila Olga Kurylenko dikhabarkan bahawa dia telah disahkan positif virus itu dan kini sedang melalui proses kuarantin di rumahnya.

olga kurylenko

Peminat Yoo Yeonseok yang risau sekiranya dia ada berinteraksi dengan wanita itu telah meminta kenyataan rasmi daripada syarikat naungan lelaki itu iaitu King Kong by Starship. Berikut adalah penjelasan daripada mereka,

Selepas mendengar Olga Kurylenko disahkan positif COVID-19, kami telah cuba menghubungi pihak produksi Perancis untuk pengesahan lanjut tetapi malangnya kami gagal menghubungi mereka. Penggambaran masih lagi belum bermula, jadi Yoo Yeonseok belum berlakon dengannya lagi. kami tidak mengetahui tentang jadual penggambaran sejak daripada berita itu diumumkan.

Sepatutnya penggambaran “Matin Calme” bermula April ini di Korea tetapi nampaknya semuanya masih kabur lagi.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...