Sering menjadi sebutan ramai kerana elemen aksi dan lawaknya, drama “Good Casting” yang ditayangkan di saluran SBS sudah pun menamatkan tayangannya pada 16 Jun lepas.
Sinopsis ringkas
Baek Chan-mi (Choi Kang-hee) adalah seorang ejen ‘lejen’ dalam National Intelligence Service (NIS) satu ketika dahulu tetapi kerana dedikasi kerjanya yang melampau, rakan sekerjanya telah meninggal dan dia juga terlepas daripada menangkap targetnya. Disebabkan oleh itu, wanita tersebut dipindahkan jabatan dan bekerja untuk pasukan pelindungan siber.
Pun begitu, setelah sekian lama, dia dipilih untuk melakukan penyamaran bagi satu kes pencurian kekayaan intelektual yang melibatkan syarikat terbesar di Korea. Sama-sama saksikan telatah serius dan kelakar detektif ini dalam masa yang sama dia cuba merungkai misteri kes tersebut.
Episod akhir penuh aksi
Selepas bertungkus lumus melakukan penyamaran, Chan-mi, Ye-eun (Yoo In-young) dan Mi-sun (Kim Ji-young) akhirnya berjaya menjerat Lee Michael iaitu dalang kepada kes jenayah terbesar dalam bidang IT di Korea.
Bukan itu sahaja, Chan-mi juga akhirnya mengakui cintanya kepada Yoon Seok-ho (Lee Sang-yeob) selepas memendamnya sekian lama. Bahkan hubungan kasih di antara Ye-eun dan juga Woo-won (Lee Jun-young) kian bercambah dan berbunga-bunga selepas pasangan itu menyatakan rasa cinta kepada satu sama lain.
Rating tertinggi untuk slot drama Isnin-Selasa
Menurut Nielsen Korea, episod terakhir “Good Casting” telah merekodkan purata rating sebanyak 7.9% dan 9.8% di seluruh negara. Selepas mengekalkan catatan dalam lingkungan 8% sahaja selama 8 episod berturut-turut, naskhah ini berjaya meraih lebih 1.7% daripada rating episod sebelumnya. Pun begitu, sayangnya drama ini tidak dapat memecahkan rekod tertinggi rating yang dicatatkan semasa episod perdana iaitu 12.3%
“Good Casting” turut menerima pujian ramai kerana kekal di tangga teratas untuk slot drama Isnin-Selasa sepanjang tayangannya. Bahkan, kesemua penonton ‘demand’ supaya drama ini kembali untuk musim kedua kerana mereka tidak puas menontonnya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.