Ikuti Kami:

Puas Menafikannya Sebelum Ini, B.I Bekas Ahli Kumpulan iKON Akhirnya Mengaku Pertuduhan Dadah

Puas Menafikannya Sebelum Ini, B.I Bekas Ahli Kumpulan iKON Akhirnya Mengaku Pertuduhan Dadah

Mesti anda tahu bahawa B.I ataupun Hanbin telah pun menarik diri daripada kumpulan iKON selepas terlibat dengan skandal dadah. Umum mengetahui bekas syarikat naungannya iaitu YG Entertainment juga sedang menghadapi tuduhan melibatkan dadah, perjudian, dan pelacuran. Pun begitu, kesemua yang terlibat masih dalam siasatan pihak polis.

Selepas melalui sesi soal siasat selama hampir 14 jam, pihak polis mendedahkan bahawa B.I telah mengaku terhadap beberapa pertuduhan melibatkan dadah (ganja) dan siasatan lanjut kes akan dijalankan nanti.

Sumber daripada Unit Siasatan Dadah di Agensi Polis Daerah Gyeonggi Selatan mengesahkan berita itu melalui panggilan telefon bersama Dispatch. Atas daripada pengakuan B.I itu, dia akan dijatuhkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Dadah dan statusnya akan bertukar daripada saksi kepada tertuduh (suspek). Siasatan lanjut diperlukan kerana kenyataan B.I dan seorang lagi tertuduh iaitu ‘A’ adalah berlainan.

b.i ikon dadah

Walaupun diasak oleh wartawan selepas keluar dari perkarangan balai polis, B.I hanya mengucapkan kata-kata maaf kepada peminatnya.

“Maafkan saya kerana menghampakan anda semua.”

Dalam kes lain, bekas CEO YG Entertainment iaitu Yang Hyunsuk juga akan dipanggil untuk soal siasat berkenaan kes ugutan nanti.

Rasanya ramai peminat B.I yang mati-mati menidakkan penglibatannya dalam kes dadah sebelum ini. Tapi harap korang semua boleh terima kenyataan sebab tuan punya badan sendiri dah mengaku. Siap dapat pengesahan polis lagi!

Sumber: Koreaboo, Naver News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...