Ikuti Kami:

Projek Melibatkan Sulli, ‘Persona 2’ & ‘Night of Hate Comments’ Telah Dihentikan Produksinya

Projek Melibatkan Sulli, ‘Persona 2’ & ‘Night of Hate Comments’ Telah Dihentikan Produksinya

Sudah lebih seminggu Sulli pergi meninggalkan dunia ini. Siapa sangka gadis periang itu menyembunyikan duka yang pedih sehingga dia sanggup mengambil nyawanya sendiri. Ramai kenalan dan juga pihak media tidak menjangkakan langsung tragedi ini kerana Sulli  sibuk dengan pelbagai jadual seni daripada lakonan, modelling sehinggalah ke bidang pengacaraan.

Kalau anda nak tahu, Sulli kembali aktif dalam dunia seni selepas berehat sebentar kerana tidak tahan dengan seksa hidup sebagai seorang selebriti. Walaubagaimanapun, gadis itu tewas dan telah memilih untuk ‘berehat’ buat selama-lamanya.

semua projek sulli dihentikan

Gadis berusia 25 tahun itu telah dihebahkan bakal menerajui drama “Persona 2” di mana terdapat 5 kisah berbeza dengan arahan 5 pengarah namun dilakonkan oleh seorang pelakon utama yang sama. Menurut laporan, Sulli telah habis merakamkan bahagian pertama dan sedang melalui penggambaran bahagian yang kedua.

Menurut pihak produksi projek itu, mereka juga tidak dapat memberi kata putus mengenai nasib drama itu. “Kami bukan dalam situasi untuk mencari pelakon pengganti yang baru. Kami semua masih lagi bersedih dengan berita kematian Sulli. Sehingga ke hari ini, kami belum lagi berbincang tentang perkara ini.”

Dalam berita lain, rancangan “Night of Hate Comments” turut mengumumkan berita penamatan program itu selepas kematian Sulli.

semua projek sulli dihentikan

“Program ini telah berakhir pada episod 16 yang telah pun ditayangkan pada 11 Oktober lepas. Selepas mengetahui berita sedih mengenai pengacara utama kami iaitu Sulli selain dilema tentang arah perjalanan program, kami membuat keputusan untuk menghentikan produksi program ini. Kami juga berasa bahawa program ini tidak dapat diteruskan dengan kehilangan mendiang.

“Kami sangat menghargai masa yang dihabiskan bersama si cantik Sulli yang konfiden dan kami berharap dia berehat dengan tenang. Kami juga berterima kasih kepada penonton yang menyukai “Night of Hate Comments” dan memahami niat kami untuk memberi amaran kepada komen penuh kebencian.”

Nampaknya tiada lagi kelibat Sulli yang boleh peminat tonton di kaca televisyen selepas ini. Walaupun mendiang sudah tiada namun dia tetap berada di dalam hati para peminat yang sentiasa menyayanginya.

Sumber: Soompi, Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...