Punyalah hebat populariti kumpulan BTS ini sehinggakan satu drama akan dihasilkan berdasarkan ‘BTS Universe’ dan diberikan nama “Blue Sky”. Dengar cerita, produksi naskhah ini sudah pun bermula!
Agensi naungan BTS iaitu Big Hit Entertainment sendiri telah mengumumkan sebelum ini di mana drama ini akan menceritakan kisah 7 lelaki yang berjumpa buat pertama kalinya dalam BTS Universe. Naskhah ini akan mengambil kira aspek rekaan setiap ahli kumpulan tersebut sahaja dan bukannya dilakonkan oleh idola itu sendiri. Bahkan setiap watak juga akan diberikan nama lain daripada ahli BTS yang sebenarnya.
Chorokbaem Media difahamkan sudah pun memulakan peringkat pertama produksi dengan mengadakan uji bakat serta perbincangan dengan pengarah untuk mencari pelakon bagi watak utama dan juga sampingan. Dikatakan bahawa setiap daripada watak itu akan dimainkan oleh pelakon baru.
Bagi memastikan hal drama ini tidak bocor kepada umum, proses produksinya dijalankan secara rahsia sampaikan hanya sebahagian daripada skrip sahaja didedahkan kepada pelakon yang hadir ke uji bakat tersebut. Pihak “Blue Sky” juga bakal memulakan penggambaran pada September ini dan dalam perbincangan untuk menayangkannya menerusi laman penstriman OTT.
Pasti ARMY semua dah teruja nak menyaksikan drama “Blue Sky” ini kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.