Ikuti Kami:

Pintas BTS, Blackpink Cipta Rekod Baru Dek ‘How You Like That’ Capai 150 Juta Tontonan Dalam Masa Terpantas

Pintas BTS, Blackpink Cipta Rekod Baru Dek ‘How You Like That’ Capai 150 Juta Tontonan Dalam Masa Terpantas

Semakin rancak single terbaru BLACKPINK iaitu “How You Like That” dimainkan di corong-corong radio. Bahkan lagu ini terus trending di serata laman penstriman seperti Youtube dan Spotify sejak ia diriliskan.

Kumpulan yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Rosé dan Lisa itu kini mencipta pelbagai rekod baru dek lagu ini. Tepat jam 5 pagi pada 30 Jun, video muzik “How You Like That” telah melepasi 150 juta tontonan di Youtube. Betapa hebatnya BLACKPINK kerana berjaya mencipta rekod ini dalam masa 3 hari 11 jam sahaja. Fuhh!

Rekod sebelum ini dipegang oleh kumpulan BTS dengan lagu “Boy With Luv” apabila ianya berjaya mencapai 150 juta tontonan selepas diriliskan selama 5 hari 4 jam.

Bukan itu sahaja, Youtube juga turut mengesahkan bahawa “How You Like That” dendangan BLACKPINK ini memegang rekod jumlah tontonan tertinggi sepanjang masa dalam masa 24 jam selepas ia diriliskan.

Tahniah BLACKPINK dan BLINK!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...