Ikuti Kami:

Pernah Serang Goo Hara, Bekas Teman Lelaki Dikhabarkan Sedang Bersedih Dengan Kematiannya

Pernah Serang Goo Hara, Bekas Teman Lelaki Dikhabarkan Sedang Bersedih Dengan Kematiannya

Pemergian Goo Hara nyata meninggalkan rasa sedih dalam diri peminat dan rakan-rakan rapatnya. Walaupun kondisinya kelihatan seperti semakin baik, namun tiada siapa tahu apa yang bermain di dalam pemikirannya. Masih banyak persoalan yang belum dijawab namun tidak siapa tahu punca sebenar yang menyebabkan gadis berusia 28 tahun itu membuat keputusan untuk menamatkan nyawanya sendiri.

Seperti yang semua sedia maklum, bekas teman lelaki Goo Hara iaitu Choi Jongbum didapati bersalah atas beberapa pertuduhan, antaranya kerosakan harta benda, serangan fizikal, ugutan dan peras ugut menggunakan ‘revenge porn’. Selepas tuduhan dijatuhkan, pendandan rambut itu masih kelihatan bahagia kerana dia mampu untuk membuka salon baru dan membuat sambutan yang meriah bagi meraikannya.

bekas teman lelaki goo hara bersedih dengan kematiannya

Namun begitu, Choi Jongbum dikatakan sedang mengalami waktu yang sukar selepas mendapat tahu tentang kematian Goo Hara. Dia juga telah menetap laman Instagramnya kepada privasi kerana cercaan orang ramai. Menurut satu sumber, salon yang baru dibukanya pada Mei lepas turut menutup pintunya sejak insiden sedih itu.

bekas teman lelaki goo hara bersedih dengan kematiannya

Seorang kenalan lelaki itu mendedahkan tentang keadaannya selepas kematian bekas teman wanitanya itu. “Disebabkan kami bekerja dalam kejiranan yang sama, kami sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain. Dari situlah saya mula mengenalinya. Dia mengalami waktu yang sukar semasa kontroversi serangan dan ‘revenge porn’ itu. Choi Jongbum juga sedang bersusah hati selepas mendengar berita tentang kematian Hara. Disebabkan ia adalah situasi yang sensitif, semua pemilik perniagaan di sekitar sini membuat keputusan untuk tidak menyebut tentang topik tersebut. Susah untuk memberi penjelasan yang lebih mendalam mengenai hal ini.”

bekas teman lelaki goo hara bersedih dengan kematiannya

Rata-rata netizen telah menyuarakan bahawa mereka mahu Choi Jongbum diberikan hukuman berat atas kesalahannya kepada Goo Hara. Walaupun lelaki itu dibuktikan bersalah tetapi dia hanya dikenakan hukuman yang tidak setimpal dengan kejahatannya.

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...