Ikuti Kami:

Pernah Belanja RM600k Ubah Wajah, Peminat Fanatik Rai Perkahwinannya Dengan Keratan Kadbod Jimin BTS!

Pernah Belanja RM600k Ubah Wajah, Peminat Fanatik Rai Perkahwinannya Dengan Keratan Kadbod Jimin BTS!

Pernah dengar tak tentang kisah seorang ARMY bernama Oli London yang obsesif terhadap Jimin daripada kumpulan BTS? Tahap fanatik lelaki itu memang tak boleh bawa bincang! Bahkan dia berhabis lebih daripada RM600,000 untuk pembedahan plastik bagi kelihatan seperti idola kegemarannya itu.

oli london jimin bts

Lelaki ini tidak berhenti di situ sahaja apabila satu berita mengejutkan telah dilaporkan kelmarin. Khabarnya Oli telah pun berkahwin dengan kadbod berbentuk Jimin! Oli yang berusia 29 tahun itu dikatakan telah menandatangani perjanjian perkahwinan dengan kadbod Jimin tersebut dan ternyata berita ini membuatkan ramai ARMY tepuk dahi dengan tindakan tidak masuk akalnya itu.

oli london kahwini keratan kadbod jimin bts

Lelaki itu langsung tidak segan untuk berkongsikan berita ‘gembira’ tersebut di laman Instagramnya. Bukan itu sahaja, bahkan dia turut memuat naik beberapa keping gambar daripada majlis perkahwinannya yang turut dihadiri oleh teman-teman rapatnya. Sebelum majlis istimewa itu berlangsung, dia telah memberikan beberapa ucapan untuk tetamu yang hadir.

“Saya tidak tahu apa yang saya akan lakukan selepas ini. Ini adalah hari yang paling bahagia dalam hidup saya. Saya mahu menangis.”

“Akhirnya, kami akan berkahwin. Sangat gembira. Yay!” Tambahnya lagi, “Saya akan berkahwin dengan Jimin, kawan-kawan. Lihatlah, dia sedang tersenyum. Dia sangat gembira.”

oli london kahwini keratan kadbod jimin bts

Ketika mahu menandatangani perjanjian perkahwinan tersebut, lelaki yang cintakan pembedahan plastik itu memandang ke arah keratan kadbod Jimin itu dan berkata, “Saya tandatangan untuk awak ya, Jimin.”

 

Oli ternyata gembira dengan perkahwinannya itu. Katanya,“Ini adalah hari yang paling bahagia dalam hidup saya. Berkahwin dengan Park Jimin merupakan impian saya, jadi saya sangat, sangat gembira kerana dapat berkahwin dengannya dan ia adalah rasmi.”

Meskipun tahu dengan kecaman yang sering ditujukan kepadanya, Oli menyatakan bahawa dia tidak kisah dan akan hidup bahagia bersama Jiminnya. Mereka juga sudah merancang untuk berbulan madu selepas majlis itu selesai.

 

View this post on Instagram

 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...