Ikuti Kami:

Permainan ‘Lejen’ Kembali! Saksikan New Journey To The West 7 Bermula 25 Oktober Ini

Permainan ‘Lejen’ Kembali! Saksikan New Journey To The West 7 Bermula 25 Oktober Ini

Sudah memasuki tujuh musim, pasti ramai merupakan peminat tegar rancangan hiburan “New Journey to the West”. Dengan telatah lucu ahlinya iaitu Kang Hodong, Lee Soogeun, Eun Jiwon, Ahn Jaehyun, Kyuhyun, Song Mino, dan P.O. yang saban episod berjaya membuatkan penonton tak kering gusi!

Bawa bersabar kerana setelah lama menunggu program hiburan itu telah mengeluarkan satu sedutan video untuk musim terbaru ini. Walaupun Ahn Jaehyun tidak dapat turut serta kerana skandal penceraiannya, penonton tetap tak sabar menantikan gelagat ‘gila-gila’ ahli yang lain.

Menerusi video itu dapat dilihat setiap ahli telah mengenakan pelbagai kostum karakter yang kelakar. Dapat dilihat juga mereka kembali dengan beberapa permainan ‘lejen’ rancangan itu iaitu permainan kon, menjerit dalam senyap dan kuiz individu iaitu teka selebriti/watak. Mesti kelakar!

new journey to the west 7 bakal hiburkan penonton

Walaupun sedutan itu tak sampai seminit tapi ramai penonton yang dah tak sabar nk tengok “New Journey to the West 7” ini. Episod pertama akan ditayangkan pada 25 Oktober ini pada jam 9.10 malam waktu Korea. Tapi kena tunggu sari kata bahasa Inggeris pada keesokan harinya!

new journey to the west 7 bakal hiburkan penonton

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...