Ikuti Kami:

Perkosa Serta Rakam, Netizen Berang Selepas Baca Perincian Kes Jung Joonyoung & Choi Jonghoon

Perkosa Serta Rakam, Netizen Berang Selepas Baca Perincian Kes Jung Joonyoung & Choi Jonghoon

Umum sudah mengetahui bahawa bintang Korea iaitu Jung Joonyoung, seorang penyanyi solo serta rakan baiknya, bekas ahli kumpulan FT Island iaitu Choi Jonghoon masing-masing telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun dan 6 tahun. Walaupun nampak baik sebelum ini tapi ternyata mereka berjaya menyembunyikan perangai buruk tersebut daripada diketahui oleh peminat dan orang ramai.

Selepas selesai dibicarakan, sedikit sebanyak maklumat mengenai kesalahan kedua mereka telah didedahkan oleh pihak mahkamah. Jung Joonyoung dan Choi Jonghoon didapati telah merogol seorang wanita di luar kesedaran (mabuk) secara beramai-ramai seitar Mac 2016 di Daegu. Semasa mereka melakukan perbuatan terkutuk itu, beberapa orang yang lain telah merakam kejadian tersebut dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir selepas itu.

jung joonyoung choi jonghoon rogol beramai-ramai

Selain itu, Jung Joonyoung juga didakwa menyebarkan rakaman haram dalam 11 kejadian berbeza, termasuklah berkongsi video menerusi ruang sembang aplikasi KakaoTalk tanpa kebenaran. Video itu mengandungi rakaman lelaki itu melakukan hubungan seks dengan wanita. Ahli yang turut berada dalam ruang sembang itu ialah ahli kumpulan Big Bang iaitu Seungri.

Antara mesej yang terdapat di dalam ruang sembang itu ialah: “Kesian XX(mangsa)”, “XX sudah seperti pelacur”, “Jangan sebarkan ini. Ia akan menamatkan karier saya.”, “Saya memberikannya dadah dan berulang-alik daripada belakang dan depan, sebelum menyudahkannya di dalam mulutnya.”

jung joonyoung choi jonghoon rogol beramai-ramai

jung joonyoung choi jonghoon rogol beramai-ramai

Meskipun sudah dijatuhkan hukuman penjara, kebanyakan netizen masih tak berpuas hati kerana bagi mereka tempoh penjara yang diberikan tidak setimpal dengan perbuatan terkutuk mereka yang menganiaya wanita yang lemah. Lagi pula, kesemua bukti hanya didapati daripada tahun 2016 dan bukannya yang terbaru kerana mereka berjaya memadamkan semua bukti tersebut.

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...